Sekadar berkongsi pandangan.....
Untuk makluman tuan bukan semua jenis abutment yang memerlukan weephole atau weep pipe. Dalam standard drawing JKR juga tidak nyata dengan jelasnya tentang panduan dan rujukan keperluan pemasangan weepholes. Melalui pengalaman pemeriksaan saya ketika melaksanakan Audit Penyerhan Aset dan pemeriksaan untuk tujuan senggara didapati weepholes itu hanya diperlukan pada abutment jenis "wall type" sahaja dan sebaliknya kalau abutment dari jenis bank-seat kita tidak memerlukannya kerana ketinggian abutment itu adalah rendah. Sementara abutment jenis wall type juga bukan semuanya akan dibekalkan weepholes. Keperluan pemasangan weepholes itu akan berpandukan kepada beberapa situasi berikut:-
- Abutment wall dimana ketinggiannya melebih 1.5m.
- Lebar jambatan itu adalah untuk carridge width yang melebihi pada 2 lanes.
- Detailing belakang abutment tidak dibekalkan permeable layer untuk mengalirkan air keluar.
Balik kepada saiz weepholes, kebiasaannya adalah dalam lingkungan 50mm - 75mm dan perlu dipasangkan non-woven filter cloth. Jarak susunannya perlu bersilang dan juga akan berbeda, berpandukan kepada ketinggian abutmentwall yang terdedah dan saiz weepholes yang disyorkan.