search
Log In
11 votes
50 views
Berapakah saiz minimum diameter weephole utk bridge abutment?
in Structure 6,440 points 14 36 93

2 Answers

4 votes

Sekadar berkongsi pandangan.....

Untuk makluman tuan bukan semua jenis abutment yang memerlukan weephole atau weep pipe. Dalam standard drawing JKR juga tidak nyata dengan jelasnya tentang panduan dan rujukan keperluan pemasangan weepholes. Melalui pengalaman pemeriksaan saya ketika melaksanakan Audit Penyerhan Aset dan pemeriksaan untuk tujuan senggara didapati weepholes itu hanya diperlukan pada abutment jenis "wall type" sahaja dan sebaliknya kalau abutment dari jenis bank-seat kita tidak memerlukannya kerana ketinggian abutment itu adalah rendah. Sementara abutment jenis wall type juga bukan semuanya akan dibekalkan weepholes. Keperluan pemasangan weepholes itu akan berpandukan kepada beberapa situasi berikut:-

  • Abutment wall dimana ketinggiannya melebih 1.5m.
  • Lebar jambatan itu adalah untuk carridge width yang melebihi pada 2 lanes.
  • Detailing belakang abutment tidak dibekalkan permeable layer untuk mengalirkan air keluar.
Balik kepada saiz weepholes, kebiasaannya adalah dalam lingkungan 50mm - 75mm dan perlu dipasangkan non-woven filter cloth. Jarak susunannya perlu bersilang dan juga akan berbeda, berpandukan kepada ketinggian abutmentwall yang terdedah dan saiz weepholes yang disyorkan.
48,840 points 106 195 351
0

Terima kasih atas perkongsian Tn TanCK yes

3 votes
Salam Tuan,

weephole dibelakang abutment adalah berfungsi bagi mengurangkan tekanan earth pressure pada dinding abutment dengan mengurangkan pore water pressure tanah.

Saiz 50mm to 75mm memadai bagi low water table. Sekiranya dalam keadaan high water table, saiz yang sama boleh digunapakai dengan spacing yg agak rapat 1.2m-1.5m to allow water level to drop.

fairul
280 points 1 1 4
0

Terima kasih atas perkongsian, Dr Fairul yes

...