search
Log In
12 votes
37 views
Bolehkah kontrak FRM disemak semula dalam tempoh kontrak?
in Contract Management 4,980 points 5 8 18

1 Answer

2 votes

Sekadar memberi pandangan......

Pada pendapat saya beberapa isu berikut mungkin perlu dikaji dan disemak:-

  • Adakah syarat-syarat dalam kontrak FRM itu telah dengan jelasnya memperuntukan klausa yang membolehkan pihak kerajaan untuk membuat semakan semula terhadap kandungannya apabila terdapat "dispute" yang nyata atau kurang jelas?
  • Andai ada peruntukan tersebut, siapakah yang ada kuasa mutlak untuk membuat pembetulan dan menguatkuasakan klausa baru itu supaya ia boleh terus serap dalam kontrak FRM itu?
  • Adakah tempuh sah laku kontrak itu terlalu lama atau ia sepatutnya diadakan satu kaedah pengukuran kualiti output kerja senggara rutin itu sebelum disambung semula kontrak tersebut?
  • Wajarkah satu AJK tetap yang dilantik dari pelbagai agensi dan cawangan dibentukkan untuk dijadikan pasukan khas yang diberikan mandat untuk meneliti, menyemak dan membuat pembetulan terhadap FRM kontrak itu?
49,130 points 107 197 356
...