search
Log In
13 votes
294 views
Bolehkah perunding dilantik sebagai Wakil Pegawai Penguasa?
in Contract Management 250 points 1 3 4

8 Answers

5 votes
Boleh dengan klausa - klausa kontrak yang ditentukan oleh S.O
12,290 points 10 36 85
1
Sila rujuk PK4.7
8 votes
Boleh tapi tidak digalakkan kerana boleh mewujudkan aktiviti tidak sihat antara perunding & kontraktor. Seboleh-bolehnya lantikan dibuat kepada Agensi Kerajaan.
5,730 points 4 18 57
1
Sila rujuk PK 4.7
3 votes
Sekadar memberi pandangan.....

Persoalan sekarang adalah kita perlu dengan jelasnya memahami apakah jenis kontrak yang telah diamalkan dalam projek tersebut. Andai ia dari jenis Design and Build Contract perunding memang akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai sub-custodian project untuk mewakili pihak S.O. atau wakil S.O. dalam urusan penyeliaan projek berasaskan sepenuhnya kepada dukumen kontrak. Akan tetapi masih ada batasannya, segala kelulusan perubahan yang bakal berlaku ditapak harus dimaklumkan kepada S.O. atau wakil S.O. untuk mendapat kelulusan muktamad terutama untuk isu-isu yang melibatkan kadar harga kontrak dan keutuhan kualiti pembinaan.
49,800 points 107 197 359
10 votes
Klausa 3.2.1(b) di dalam PK4.7 jelas menyatakan bahawa Wakil PP Utama hendaklah terdiri dari Pegawai Awam dan bukannya perunding.
50,680 points 25 104 239
0
Tuan, bagaimana pula dengan wpp pakar? Adakah perunding boleh dilantik sebagai wpp pakar?
0
Selaras dengan PK tersebut, saya menganggap lantikan WPP Pakar juga adalah tertakluk kepada keperluan yang sama.
7 votes

Dari PK4.7 untuk makluman.

7,700 points 12 39 66 1 flag
1 vote

Berdasarkan Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, klausa 3.8. `Dimana perunding yang dilantik untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, Perunding tidak dibenarkan menjadi Pengawal Penguasa atau Pegawai yang dinamakan dalam Lampiran syarat-syarat kontrak. Sebaliknya Perunding boleh dilantik dan diwakilkan kuasa sebagai Wakil P.P Kerja Utama atau Wakil P.P Kerja Pakar. Surat perwakilan kuasa kepada perunding bolehlah dipinda dimana perlu.

31,520 points 39 105 229
2 votes
Secara amnya, arahan dalam agensi tidak boleh bercanggah dengan pekeliling perbendaharaan. Arahan KPKR yang dimaksudkan dikeluarkan pada 2009 manakala PK4.7 pula telah dikeluarkan pada Mac 2019. Sehubungan dengan itu, semakan perlu dibuat utk memastikan samada pekeliling KPKR tersebut masih berkuat-kuasa atau pun tidak.
50,680 points 25 104 239
0 votes

Pegawai Penguasa (P.P) boleh mewakilkan kuasanya kepada lebih wakil P.P. Kerja Utama dan Wakil P.P Kerja Pakar untuk menyelia kerja-kerja/mentadbir kontrak di bawah bidang kepakaran masing-masing dikalangan penjawat awam sepertimana LAMPIRAN C Surat Arahan KPKR Bil. 16/2018.

Berdasarkan Surat Edaran Perwakilan Kuasa Kepada Perunding Ruj: JKR.KPKR:121.010/05 Jld.29(5) bertarikh 27hb September 2022, Perunding TIDAK dibenarkan untuk dilantik sebagai Wakil P.P (Pakar).

Obligasi dan tanggungjawab Pegawai Penguasa (P.P), Wakil P.P Kerja Utama dan Wakil P.P. Kerja Pakar jugak kekal selaras dengan syarat-syarat kontrak, PP/PK 4.7, SA KPKR Bil.16/2018 dan lain-lain peraturan yang masih berkuatkuasa. 

Wakil P.P Utama dan WAkil P.P Kerja PAkar hendaklah dilantik di kalangan Arkitek/ Jurutera Awam/ Jurutera Mekanikal/ Jurutera Elektrik/ Juruukur Bahan Jabatan Kerja Raya sahaja.

ago 31,520 points 39 105 229
...