search
Log In
13 votes
282 views
Bolehkah perunding dilantik sebagai Wakil Pegawai Penguasa?
in Contract Management 250 points 1 3 4

7 Answers

5 votes
Boleh dengan klausa - klausa kontrak yang ditentukan oleh S.O
12,190 points 10 35 83
1
Sila rujuk PK4.7
8 votes
Boleh tapi tidak digalakkan kerana boleh mewujudkan aktiviti tidak sihat antara perunding & kontraktor. Seboleh-bolehnya lantikan dibuat kepada Agensi Kerajaan.
5,710 points 4 18 57
1
Sila rujuk PK 4.7
3 votes
Sekadar memberi pandangan.....

Persoalan sekarang adalah kita perlu dengan jelasnya memahami apakah jenis kontrak yang telah diamalkan dalam projek tersebut. Andai ia dari jenis Design and Build Contract perunding memang akan melaksanakan tanggungjawab mereka sebagai sub-custodian project untuk mewakili pihak S.O. atau wakil S.O. dalam urusan penyeliaan projek berasaskan sepenuhnya kepada dukumen kontrak. Akan tetapi masih ada batasannya, segala kelulusan perubahan yang bakal berlaku ditapak harus dimaklumkan kepada S.O. atau wakil S.O. untuk mendapat kelulusan muktamad terutama untuk isu-isu yang melibatkan kadar harga kontrak dan keutuhan kualiti pembinaan.
49,070 points 106 197 356
10 votes
Klausa 3.2.1(b) di dalam PK4.7 jelas menyatakan bahawa Wakil PP Utama hendaklah terdiri dari Pegawai Awam dan bukannya perunding.
50,250 points 25 103 239
0
Tuan, bagaimana pula dengan wpp pakar? Adakah perunding boleh dilantik sebagai wpp pakar?
0
Selaras dengan PK tersebut, saya menganggap lantikan WPP Pakar juga adalah tertakluk kepada keperluan yang sama.
7 votes

Dari PK4.7 untuk makluman.

7,470 points 12 38 62 1 flag
1 vote

Berdasarkan Surat Arahan KPKR Bil. 6/2009, klausa 3.8. `Dimana perunding yang dilantik untuk penyeliaan pelaksanaan kerja dan pentadbiran kontrak, Perunding tidak dibenarkan menjadi Pengawal Penguasa atau Pegawai yang dinamakan dalam Lampiran syarat-syarat kontrak. Sebaliknya Perunding boleh dilantik dan diwakilkan kuasa sebagai Wakil P.P Kerja Utama atau Wakil P.P Kerja Pakar. Surat perwakilan kuasa kepada perunding bolehlah dipinda dimana perlu.

27,460 points 38 98 205
2 votes
Secara amnya, arahan dalam agensi tidak boleh bercanggah dengan pekeliling perbendaharaan. Arahan KPKR yang dimaksudkan dikeluarkan pada 2009 manakala PK4.7 pula telah dikeluarkan pada Mac 2019. Sehubungan dengan itu, semakan perlu dibuat utk memastikan samada pekeliling KPKR tersebut masih berkuat-kuasa atau pun tidak.
50,250 points 25 103 239
...