search
Log In
6 votes
24 views
in Pavement 670 points 4 6 7

1 Answer

5 votes
 
Best answer
Kalau problem sama seperti di Laluan 5, Johor di mana ada soft soil subgrade, ada concrete slab - punca differential settlement and wide cracks, ie. ada structural failure, rubberised asphalt atau latex micro-surfacing tidak akan dapat selesaikan masalah itu.

Adakah terdapat keretakan serius di atas permukaan rigid seperti jalan concrete atau marble ie. functional defects sahaja? Kebiasaannya keretakan seperti itu adalah sangat aktif, overlay menggunakan rubberised asphalt (crumb rubber, latex, dsb) atau latex micro-surfacing tidak sesuai.

Ambil iktibar struktur pavemen KLIA - 450 mm tebal cement treated base CTB (dibina dalam 3 lapisan, 150 mm tebal setiap lapisan) high strength (minimum UCS 10 MPa, berbanding 2 - 5 MPa bagi lapisan CIPR), kemudian diturap dengan 100 mm tebal bituminous crack relief layer CRL (open graded asphalt dengan saiz maximum aggregate 40 mm) bagi menghalang shrinkage cracks pada CTB dari menular ke lapisan asphalt di atas, disusuli dengan turapan polymer modified asphalt PMA binder course setebal 75 mm dan PMA wearing course juga setebal 75 mm.

Oleh itu, opsyen bagi jalan marble di Langkawi itu ialah 100 mm tebal CRL di atas jalan itu sebelum diturap dengan crumb rubber atau latex asphalt. Apapun, teknik rawatan adalah bergantung pada jenis dan punca sebenar kerosakan jalan itu.
15,950 points 4 30 81
0

Terima kasih atas maklumbalas yang amat komprehensif, Ir Hizam yes yes yes​​​​​​​

...