search
Log In
11 votes
123 views
Lukisan pembinaan yang diberikan oleh perunding didapati gagal semasa pembinaan dan perunding tidak mengaku kesilapan mereka. apa yg perlu kita lakukan kepada perunding
in Project Management 220 points 1 2 3

3 Answers

8 votes

Pelantikan peruding adalah melalui jawatankuasa dan pihak perunding terikat denga terma dan rujukan di dalam Memorandum of Agreement (MoA). Disamping itu, terdapat program penilaian perkhidmatan pihak perunding yang perlu dikemukakan kepada Jawankuasa dan disalinkan kepada MoF. 

Sehubungan dengan itu, seharusnya pihak Jawatankuasa pemilihan telah;

  1. bersetuju dengan tahap kelayakan akademik kakitangan pihak perunding yang akan terlibat di dalam projek tersebut
  2. tempoh pengalaman minimum pihak perunding di dalam projek yang mempunyai skop yang sama dengan projek yang sedang dilaksanakan
  3. Terma rujukan telah mengariskan tugas dan tanggungjawab perunding 
  4. penalti yang terdapat di dalam MoA seandainya pihak perunding gagal melaksanakan tugas dan tanggungjawab tersebut.

Akhir kata, sekiranya tugas & tanggungjawab perunding telah jelas dinyatakan maka pihak HOPT/SO hanya perlu memastikan pihak perunding melaksanakan peranan mengikut MoA.

12,180 points 10 35 83
0

Terima kasih atas perkongsian Pn Siti Khadijah yes yes ​​​​​​​yes​​​​​​​

6 votes
Wujud pelbagai kekeliruan berkenaan kesilapan lukisan pembinaan yang gagal. pelbagai kemungkinan timbul dalam menentukam kegagalan lukisan pembinaan. Antara kemungkinan tersebut adalah ketidakcukupan perincian terhadap sesuatu perkara contohnya untuk lukisan IBS. Terdapat juga beberapa rekabentuk yang telahpun gagal untuk berfungsi ketika pembinaan diperingkat pengujian dan pentauliahan. Saya mencadangkan beberapa perkara berikut berdasarkan sedikit pengalaman kegagalan lukisan pembinaan.

1. PP/HOPT diminta menyemak dengan pihak HODT terlebih dahulu dengan pihak HODT kerana segala lukisan pembinaan sebelum ini telahpun melalui proses verifikasi rekabentuk oleh HODT. Semakan tersebut perlulah dibuat dengan secara terperinci dengan mengeluarkan RFI ( Request For Information) kepada HODT. Ini kerana Ownership design didalam JKR adalah dibawah peranan & tanggungjawab HODT.

2. Selepas RFI dikeluarkan PP/HOPT boleh mengadakan mesyuarat dalaman terlebih dahulu dengan HODT untuk memperincikan dalam membuktikan kegagalan sesuatu rekabentuk tersebut bagi mendokumentasi Laporan Terperinci Kegagalan Lukisan tersebut.

3. Laporan tersebut perlu dikemukakan ke perunding untuk maklumbalas.

4. Jika maklumbalas yg dikemukakan tidak memuaskan, HODT perlulah kemukakan laporan tersebut ke Lembaga Profesional untuk tindakan selanjutnya.

5. Lembaga berpuashati terhadap pembuktian kegagalan lukisan tersebut dan meminta pindaan lukisan dibuat oleh perunding asal dan segala kos berkaitan terhadap kegagalan tersebut perlulah ditanggung oleh perunding.

6. Sekiranya perunding enggan membuat pindaan lukisan tersebut, maka kerajaan bolehlah menamatkan perkhidmatan perunding tersebut dan membuat pelantikan pihak ketiga bagi melaksanakan kerja tersebut dan segala kos yg timbul perlulah dituntut ke pihak perunding melalui PUU untuk tindakan undang-undang sejajar dengan Akta Lembaga Profesional sediada.

Sekiranya ingin mendapatkan penjelasan terperinci bolehlah dirujuk kpd CKAS dan PUU melalui kes rujukan Hospital Rembau.
5,710 points 4 18 57
0

Terima kasih atas perkongsian yang jelas dan amat komprehensif, Tn Fadzli yes yes yes​​​​​​​

4 votes
Perunding adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kesemua pengiraan rekabentuk dan juga lukisan yang dikeluarkan oleh pihak mereka. Pihak HODT tidak melaksanakan semakan ke atas pengiraan dan juga lukisan yang diosediakan oleh pihak perunding. HODT menjalankan rebview untuk memastikan segala keperluan di dalam TOR serta juga segala keperluan yang membabitkan Kerajaan diambil kira di dalam penyediaan rekabentuk mereka. Saya kurang bersetuju dgn penyataan di Para 1 oleh En Fadzli Sukor. Verifikasi HODT tidak melibatkan semakan rekabentuk oleh perunding memandangkan perunding dibayar utk laksana skop tugasan ini dan bertanggungjawab ke atasnya.
50,240 points 24 103 239
0

Saya bersetuju dengan penyataan perunding yang dilantik bertanggungjawab sepenuhnya ke atas rekabentuk dan lukisan yang dikeluarkan.

Namun di peringkat HODT pihak JKR sendiri perlu perkasakan dan jangan hanya review sahaja lukisan-lukisan yang diperolehi. Perlu dengan knowleage yang cukup untuk menegur kesilapan yang dibuat oleh  perunding. Sekiranya pihak HODT gagal menegur atau menilai lukisan - lukisan pembinaan yang dikeluarkan perunding. Bahana dan kesannya akan berlaku di peringkat pembinaan dan kesian pada team projek JKR yang berada di tapak.

Terima Kasih.

...