EMAL adalah kaedah/tools yang CKE wujudkan untuk mengawal kualiti dan standard bahan/barangan elektrik yang diguna/dipasang dalam projek-projek JKR. Bahan/barangan tersebut telah dinilai dari segi pematuhan standard yang tertentu dan spesifikasi JKR. Ianya bagi memudahkan HODTe dalam penilaian tender dan WPPe menerima/menyelia bahan/barangan elektrik di tapak bina tanpa perlu membuat penilaian pematuhan kerana ianya telah dilaksanakan terlebih awal.
Oleh itu, pematuhan EMAL bukanlah mandatori dan seseorang jurutera elektrik itu boleh menggunakan bahan/barangan yang selain drp EMAL dengan syarat ianya telah dinilai dan disahkan mematuhi standard tertentu & spesifikasi JKR yang ditetapkan.
Untuk bangunan yang bukan direkabentuk oleh JKR, perenggan 2 di atas terpakai tetapi untuk memudahkan kerja-kerja pemantauan dan memastikan kualiti produk yang dipasang jika JKR dilantik sebagai SO projek berkenaan, maka pematuhan EMAL adalah digalakkan.