RCCB hendaklah diuji dengan menekan punat ujian setiap bulan. Pemutus litar hendaklah diperiksa dan diuji secara berkala oleh orang kompeten. Extension switch socket outlet (sso) hendaklah digunapakai yang terdapat stiker ST-SIRIM.
Banyak kejadian litar pintas berlaku disebabkan oleh peralatan elektrik dan extension sso yang dibeli tidak mendapat kelulusan Suruhanjaya Tenaga (tiada stiker ST-SIRIM). Kotak pemutus litar (consumer unit) yang berbunyi aneh, berbau hangit dan panas juga menjadi salah satu punca rumah kediaman terbakar disebabkan oleh litar pintas