Bila terdapat dinding yang lembab terdapat 3 kemungkinan utama:
- Terjadi peluapan disebabkan oleh ketiadaan lapisan kalis kelembapan semasa pemasangan dinding bata.
- Resapan air dari bahagian atas akibat air hujan yang meresap melalui celahan dinding dari gutter yang telah rosak atau bila bilik air berada di aras tinggi (rumah dua tingkat) dan/atau
- Kebocoran paip air terutama akibat keretakan paip dimana bukaan sangat kecil dimana air setakat menitis dan tidak mempunya cukup tekanan sehingga air akan jelas kelihatan memancut.
Cara paling mudah untuk memastikan ianya adalah air paip atau bukan ialah dengan menutup semua aliran air naik dan turun dari tangki. Pengunaan pewarna makan pada tangki juga boleh di lakukan untuk mengetahui adakan paip air masuk (incoming) atau paip air keluar (outgoing) yang mengalami kebocoran.
Menguji kelembapan dinding mengenai kehadiran klorin juga amat membantu untuk mengesahkan kebocoran adalah disebabkan air hujan atau air paip.
Mengenal pasti kebocoran pada dinding dan mendapatkan lokasi kebocoran adalah antara kesulitan utama dalam kerja-kerja membaiki kerosakkan paip. Tambahan pula jika air dari paip yang bocor berjalan begitu jauh sebelum keluar ke permukaan dinding.