search
Log In
14 votes
49 views
in Medical Planning 810 points 6 7 10

2 Answers

4 votes
 
Best answer
Rujukan rasmi dalam merancang fasiliti kesihatan adalah Garis Panduan Standards dan Kos yang dikeluarkan oleh EPU JPM. Walau bagaimanapun, rujukan daripada Post-Occupancy Evaluation daripada projek hospital ada juga digunakan. Sebelum ini, JKR pernah mengeluarkan Dokumen Pre-Bid untuk hospital yang mempunyai beberapa kategori berdasarkan bilangan katil yang menerangkan keperluan-keperluan minima peralatan serta sistem untuk sesebuah hospital.
4,460 points 2 12 30
selected by
1 vote

Untuk merekabentuk fasiliti kesihatan, selain daripada berpandukan daripada Medical Brief of Requirement (MBoR) yang dibekalkan oleh pihak pelanggan dan rujukan EPU Guideline, puan boleh merujuk kepada Guidelines daripada UK dan Australia. Rujukan untuk perancangan ruang, susunatur dan equipment adalah di pautan berikut:

DH health building notes

https://www.gov.uk/government/collections/health-building-notes-core-elements

Australasian Health Facility Guideline (AusHFG)

https://www.healthfacilityguidelines.com.au/

Puan juga boleh merujuk Manual Room Data untuk Projek Fasiliti Kesihatan yang telah dibangunkan oleh Cawangan Arkitek dengan Kerjasama KKM. 

Ditekankan di sini, semasa pembinaan, JKR Building Specification dan lain-lain Guideline seperti Garis Panduan Pesisir Pantai juga terpakai. 

Kebiasaannya, saya akan merujuk pada Health Facilities Need Statement yang disediakan oleh Cawangan Arkitek sebagai panduan untuk merekabentuk dan menyediakan spesifikasi walaupun bukan projek konvensional.

Harap jawapan saya membantu puan.

910 points 6 11
...