search
Log In
21 votes
197 views

Selepas 147 tahun, pegawai JKR masih lagi tidak tahu bagaimana dinding bata patut didirikan. Apa komen anda?

in Architecture 50,190 points 24 103 239

4 Answers

7 votes
Saya rasakan yang lawatan tapak yang lebih kerap patut dilakukan. Gambar ini menunjukkan kerja ini telah dijalankan dalam masa yang agak lama.

Satu lagi, mungkin pihak kontraktor cuba untuk memanipulasi kos bata dengan membeli bata dengan jumlah yang kurang berbanding dengan bilangan yang sepatutnya ada dalam Building Quantities.
4,460 points 2 12 30
7 votes

Isu sebegini sepatutnya tidak berlaku JIKA Pegawai Tapak Bina atau S.O melakukan kerja mengikut standard atau piawai yang telah digariskan.

Kerja - kerja di tapak bina perlu dipantau setiap saat, minit dan waktu....ini kerana kerja-kerja yang dijalankan adalah kerja harian dan tidak sepatutnya menunggu pegawai/arkitek/TA datang baru hendak disemak, pada waktu itu, bermacam-macam kerja sudah dibuat cthnya seperti ikatan bata ini.

49,120 points 9 23 56
6 votes
Sememangnya isu ini tidak sepatutnya berlaku. Apa dayanya ia telah terjadi maka isu ini sudah pasti akan menjadi tamparan besar dan mempunyai impak terhadap image JKR selaku agensi rujukan dan penasihat teknikal tertua dan terulung kerajaan yang mempunyai sejarah selama 147 tahun.

Saya rasa kita perlu wujud dan amalkan semula polisi "back to basic" demi memupukkan konsep pembelajaran terhadap "key important basic knowledge" sebagai pencapaian ilmu asas dikalangan kakitangan baru dan sebagai refreshment course untuk warga lama.
49,050 points 106 197 356
7 votes

Keperluan Mock-Up jenis Ikatan Bata (bagi ikatan satu bata) perlu di buat terlebih dahulu. Hal ini bagi mengelakkan berlaku kesilapan jenis ikatan bata yang telah dipersetujui oleh Pegawai Penguasa atau Wakil Pegawai Penguasa. Jika di lihat kepada gambar hampir merupai ikatan inggeris bond. Namun ikatan tersebut tidak mengikut piawai yang digariskan untuk ikatan jenis inggeris bond. Ini adalah kecuaian yang perlu dielakkan sebagai Pegawai Tapak Bina (PTB) semasa seliaan di tapak bina. Oleh sebab itu keperluan pemantauan dan pemeriksaan dari masa ke semasa oleh PTB. Bukan hanya sekadar membuat lawatan sahaja. Untuk  pengiraan kos penggunaan Bata adalah berdasarkan keluasan (M2) Bilangan kuantiti bata dapat di kira dengan jumlah bata berdasarkan 'material delivery'. berdasarkan gambar rajah di atas kebarangkalian tinggi ikatan bata tersebut akan memberi kesan kepada keretakan permukaan semasa lepaan siap. (bagi ikatan baris ke 13 ke atas bukan pekerja bata yang mahir melakukannya) terdapat berbezaan ikatan bata tersebut (bahagian bawah merupakan ikatan bata inggeris bond).

2,170 points 3 7 22
...