Perlu di rekodkan dalam kontraktor utama. Perlantikan subkontraktor oleh kontraktor utama tidak terlibat dengan perjanjian dengan kerajaan malaysia. Perlantikan tersebut hanya melibatkan diantara pihak kontraktor itu sendiri dan kontraktor yang dilantik oleh kontraktor utama.
Perlantikan kontraktor utama dan subkontraktor dinamakan sahaja yang melibatkan dengan kerajaan malaysia sepertimana didalam syarat-syarat konrak PWD 203/203A/203N direkodkan didalam buku harian tapak bina. Untuk merekod bagi kerja subkontraktor seperti lantikan untuk kerja-kerja yang dilantik iaitu NSC Elektrik, NSC Lif, NSC Fire Figthing, NSC Landskap/Hardskap dan lain-lain kerja mengikut keperluan kontrak projek tersebut.
Bagi aktiviti kerja micropile tersebut catatan pekerja atau bilangan pekerja perlu direkod di bawah pekerja kontraktor utama. Aktiviti tersebut merupakan 'struktur asas dalam bangunan utama' bagi kerja kontraktor utama. Jika merujuk kepada diagram 'work program' kontraktor utama 'resources name' diletak dibawah aktiviti kerja kontraktor utama. pelaporan data maklumat pekerja boleh dipantau melalui work program yang telah diluluskan oleh 'SO'.