Laporan yang dikeluarkan oleh ICU semamangnya adalah mengikut kementerian dan oleh kerana sebanyak 24 kementerian adalah terlibat maka adalah agak sukar untuk mengasingkannya diperingkat ICU untuk membentang dan memaparkannya dalam laporan yang ringkas dan terhad. Walau bagaimanapun pada peringkat kementerian masing-masing memang dapat diasingkan laporan kewangan bagi projek yang dikendalikan oleh JKR dan kementerian sendiri kerana dari flimsi Akauntan Negara akan dapat dilihat butiran perbelanjaan tersebut.