Cawangan Arkitek telah mengambil inisiatif untuk melancarkan program PAP dimana 100 rekabentuk merangkumi pelbagai jenis bangunan terpilih berdasarkan keperluan pelanggan yang akan digunapakai untuk RMKe-11.
Pada masa yang sama Kuarters Piawai turut boleh digunakan oleh JKR dan juga pihak CA dan CKAS juga telah berbincang agar bangunan sokongan berjumlah 35 buah merangkumi pondok pengawal, rumah sampah, TNB dan lain-lain dijadikan piawai agar tidak perlu direkabentuk semula kecuali sekiranya memerlukan rekabentuk fasad.
Inisiatif ini adalah satu kaedah untuk mempercepatkan pelaksanaan projek-projek baru JKR agar memenuhi piagam pelanggan jabatan.
Saya merujuk kepada jawapan cmsoon, bahawa kadangkala kreativiti arkitek perlu digunakan sekiranya rekabentuk piawai tidak memenuhi keperluan pelanggan, keadaan tapak, keperluan undang-undang dan kehendak PBT. Oleh itu perlu diingat kreativiti arkitek bukan HANYA TERHAD UNTUK REKABENTUK FASAD.
Rekabentuk bangunan amat bergantung kepada tapak dari segi orientasi, akses, utiliti dan sebagainya. Seringkali, agak sukar untuk meletakkan bangunan piawai ditapak yang telah ditetapkan dan disini kreativiti arkitek diperlukan untuk memenuhi kriteria tersebut.
Tidak guna sekiranya bangunan piawai diberikan tetapi pihak pelanggan tidak berpuas hati dengannya. Oleh sebab itu, seringkali dikatakan rekabentuk pihak konsultan lebih menarik dan kreatif serta memenuhi keperluan pelanggan.