Satu persoalan yang sangat menarik dan benar....
Pada pendapat saya kita perlu amalkan konsep always starts the day with the task we like and love to do the most. Moga segala tugas dimulakan akan menjadi kick starter untuk menjanakan output yang lebih jati dan jitu. Disamping itu kita juga perlu senantiasa berkonsepkan "do what we love and love what we do", nescaya dengan konsep sedemikian besar kemungkinan kita tidak mudah terasa jemu dan hilang tumpuan dalam tugasan harian. Bagitu juga peningkatan terhadap core business, ia perlu mengamalkan konsep pemilhan melalui tapisan demi menlantik pegawai yang berminat ke dalam oganisasi tersebut supaya minat mereka terhadap tugasan harian itu akan menjana output yang lebih baik.
Balik pada soalan tambahan kakitangan kumpulan perlaksana untuk mengatasi beban kerja yang kian bertambah, satu kaji selidek yang menyeluruh harus dilaksanakan demi mendapat satu penyelesaian yang menyeluruh. Disamping itu pihak atasan perlu mengambil tindak untuk memastikan peningkatan kompitensi kumpulan perlaksana ini sentiasa dipupuk dengan betul melalui pelan tindakan transformasi yang menyeluruh kerana mereka merupakan lapisan utama untuk menjana output diperingkat awal dan segala dilaksanakan mereka harus menepati keperluan amalan dan spesifikasi yang betul memandangkan kedudukan mereka disesuatu tempat berkerja itu akan lebih lama berbanding dengan kumpulan P & P.
Akhir kata kini sudah tiba masa untuk mengadakan satu market survey yang menyeluruh demi mengatasi masalah tersebut. Jika boleh adakan satu dialogue khas dikalangan pihak atasan dengan kumpulan perlaksana demi mendapat satu feed back yang lebih jelas demi memperhalusi perancangan yang total untuk mencapai matalamat tersebut.