search
Log In
5 votes
34 views

Apakah kesan positif penarafan EKSA setiap tahun terhadap "EKOSISTEM PEJABAT YANG KONDUSIF", sedangkan seringkali masalah utama yang mengganggu keselesaan (kondusif) ruang bekerja/pejabat adalah seperti tabiat merokok di ruang pejabat masih berterusan berlaku dimana-mana ruang pejabat? (Harap tiada komen cadangan seperti "sila buat aduan kepada pihak berkuasa".)

in Miscellaneous 11,620 points 15 39 77

1 Answer

4 votes
Salam,

Pada pendapat saya, tabiat merokok di kawasan pejabat mungkin tidak akan berleluasa dengan tindakan yang tegas dan berterusan daripada pihak yang diberi tanggungjawab seperti denda dan tindakan tatatertib yang telah ditetapkan oleh jabatan berkenaan.

Unit integriti telah menyampaikan maklumat berkenaan melalui bingkisan integriti secara berterusan untuk membendung tabiat merokok di kawasan larangan yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Dengan mengambil tindakan yang serius kepada setiap orang yang merokok di kawasan pejabat, akan dapat menyedarkan yang sesebuah jabatan mengambil tindakan yang serius di atas kesalahan mereka.

Sekian, terima kasih.
5,860 points 12 25 36
...