search
Log In
3 votes
46 views
  1. Sebelum lay binder course, normally kita guna SS1K. But, boleh tak guna RS1K or RS3K?   In this case, ada additional cost involved SS1K & bahaya kpd trafik sediada, kena tunggu 24 jam.
  2. For cases where there is no existing premix, can we just add cement not more than 5% and plough the crusher run and cement only  than do the UCS n ITS test for spec compliance?
  3. For case (2), actually kita reconstruct jalan tu, but nak juga letak cement and plough the top layer 200 mm of the new crusher run. Kita reconstruct sebab subgrade CBR< 3, so, kita recon and reinforced with geotextiles.
in Pavement 410 points 1 2 8

1 Answer

4 votes
Tidak perlu prime coat ke atas bound layer (cement stabilised CIPR). Lapisan CIPR itu telah diikat dengan simen. Perlu faham tujuan prime coat - untuk sediakan permukaan roadbase kalis air, tutup air voids dan ikat bahan crusher run longgar pada permukaan roadbase, dan mengeraskan permukaan roadbase. Semua ini telah tercapai bagi lapisan CIPR dengan campuran simen. Oleh itu, tidak perlu untuk spray prime coat SS-1K ke atas permukaan CIPR. Hanya perlu spray tack coat bagi tujuan protection dan curing (protection dari trafik dan mengelak kehilangan air terlalu cepat dari lapisan CIPR - simen perlukan air untuk mengeras dan mencapai kekuatan). Spray tack coat sejurus selepas pemadatan. Curing diperlukan selama 72 jam. Selepas 72 jam, perlu spray tack coat sekali lagi sebelum lay binder course untuk tujuan bonding. Tack coat 3 hari lepas itu tidak boleh pakai untuk bonding sebab dah oxidised dan banyak dah hilang bila terdedah pada trafik dalam tempoh 72 jam itu. Tidak perlu RS-3K. RS-1K memadai.

Dalam Schedule of Rate, rate yang diberi adalah untuk CIPR dengan 4% simen. Tanpa recycled asphalt pavement (RAP) (atau premix lama), 4% simen adalah cukup. Tetapi, jika lapisan yang dikitar semula itu mengandungi RAP jauh lebih banyak dari crusher run (RAP > 60%, crusher run < 40%), mungkin perlu lebih dari 4% simen. Walau apapun, perlu buat mix design dengan crusher run itu bagi menentukan OMC dan compliance dengan UCS dan ITS. Harus diingatkan UCS ditetapkan tidak melebihi 5 MPa. Jika tidak, CIPR menjadi terlalu stiff, tidak lagi flexible, shrinkage cracks boleh terbentuk dan menular ke dalam lapisan binder dan wearing.

Amalan terbaik untuk top up dengan new crusher run di atas existing pavement dan stabilise dengan simen. Struktur pavemen akan menjadi sangat kuat, dan dapat mengurangkan paras banjir di lokasi terbabit. Boleh diamalkan jika peningkatan aras permukaan jalan tidak menjadi masalah - tiada kerb/central median. Namun perlu gred semula bahu jalan, tengok semula aras guardrail dan sebagainya.
15,950 points 4 30 81
...