Pada pandangan saya, pengalaman dalam bidang teknikal adalah penting dalam urusan temuduga dan pengisian kekosongan bagi jawatan Jurutera. Walaubagaimanapun, ilmu berkaitan bidang bukan teknikal juga penting dan boleh digunakan semasa berada di jawatan kanan/penyelia nanti. Tuan/puan boleh mengambil peluang dan ruang melibatkan diri dalam aktiviti jabatan seperti menghadiri mesyuarat tapak, lawatan teknikal, kursus teknikal anjuran CREaTE, program mentor menti dan sebagainya.