search
Log In
4 votes
33 views

Bagaimanakah cara pengiraan pengurangan pelepasan karbon diukur dalam sesuatu projek yang telah dilaksanakan? Adakah elemen yang diukur tersebut dari mula pembinaan hingga bangunan atau jalan tersebut digunakan?

in Green 3,280 points 4 13 26

1 Answer

6 votes
 
Best answer

Pengiraan pengurangan pelepasan karbon bagi pelaksanaan projek diukur dari beberapa elemen iaitu "tree sequestration", penjimatan tenaga, penjimatan air, pengurusan sisa dan peralatan serta mesin yang digunakan semasa pembinaan. Semasa rekabentuk, penilaian dan pengiraan adalah bersifat andaian. Pengiraan sebenar pengurangan pelepasan karbon adalah semasa fasa pembinaan dan operasi iaitu ketika bangunan dihuni atau jalan digunakan. Sistem penarafan hijau MyCREST dan pHJKR merupakan alat yang mampu mengukur pengurangan pelepasan CO2 terutama bagi elemen tenaga, air, "tree sequestration". Bagi pengiraan CO2 semasa fasa pembinaan iaitu elemen pengurusan sisa serta peralatan & mesin, ia diukur menggunakan sistem penarafan hijau MyCREST.

2,740 points 3 8 18
selected by
1
Terima kasih puan atas penjelasan yang diberikan.
0

Terima kasih Pn @Monaliza atas perkongsian yes

...