search
Log In
6 votes
71 views
Jika semua sudah teratur dgn BIM di peringkat perancangan dan rekabentuk adakah masih perlu lagikah M&E koordinator di peringkat pembinaan?
in BIM 4,410 points 3 15 55

2 Answers

5 votes
 
Best answer
M&E Coordinator adalah lantikan di bawah kontraktor utama bagi menyelaras semua rekabentuk sistem keperluan M&E supaya ianya tidak mempunyai sebarang konflik dengan bangunan yang telah dibina mengikut lukisan struktur dan arkitek.

Di dalam pelaksanaan BIM, semasa Fasa Rekabentuk, rekabentuk M&E masih lagi di tahap LOD300 yang mana ianya masih menggunakan saiz anggaran berdasarkan kiraan analisis yang telah dibuat. Koordinasi rekabentuk (Design review & Clash analysis) dijalankan bagi meminimumkan konflik yang akan berlaku di tapak bina.

Kebiasaannya, kontraktor akan melantik sub-kontraktor sendiri / nsc yang mana kebiasaannya akan mengeluarkan lukisan (dijana melalui model BIM) berdasarkan peralatan sebenar yang akan digunakan dan ianya perlu diluluskan oleh Wakil Pegawai Penguasa.

Oleh yang demikian, M&E Coordinator akan memainkan peranan beliau dalam menyelaras semula semua lukisan-lukisan tersebut melalui model BIM bagi memastikan tiada sebarang percanggahan akan berlaku di tapak semasa ianya perlu dipasang.

Pada pendapat saya kewujudan M&E Coordinator adalah masih relevan tetapi beliau perlu juga mempunyai kompetensi di dalam BIM sebagai BIM Coordinator di tapak bina. Bagi sub-kontraktor dan nsc, mungkin workload dalam mengeluarkan lukisan akan kurang memandangkan mereka hanya perlu mengemaskini model pembinaan kepada 'shop model' mengikut keperluan sebenar di tapak.

Wallahu'alam...
22,140 points 15 52 134
selected by
1
Terima kasih kepada Pn Suhana (Unit BIM) dan En. Azilan (CKM) dalam membantu saya memberi input untuk jawapan di atas.
0

Terima kasih Tn @FaizS (termasuk Pn Suhana dan En Azilan) atas perkongsian bermanfaat yes

0
terima kasih
3 votes
Kerja pembinaan adalah aktiviti "live" yang dibuat berdasarkan lukisan yang diberikan. Walaupun, dengan penggunaan BIM, kebanyakan clashes telah diambil kira. Namun, untuk mengelak clashes di tapak secara 100% adalah mustahil. Sehubungan dengan itu, koordinator M&E  masih lagi dperlukan di tapak bina bagi menyelesaikan masalah serta membantu di dalam meng update lukisan supaya ianya adalah bertepatan dengan aktiviti kerja di tapak.
50,250 points 25 104 239
1
terima kasih en azudin
...