search
Log In
5 votes
54 views
Salam dan Selamat Sejahtera,

Pengunaan aplikasi Autocad amat penting dalam penjanaan lukisan bagi rekabentuk setiap projek. Bagi projek yang HODT JKR Negeri, kami terpaksa menggunakan aplikasi Autocad yang tidak sah disebabkan JKR Negeri tidak mampu membeli aplikasi tersebut dan keadaan komputer desktop jabatan yang uzur dan tidak sesuai menggunakan aplikasi tersebut.

Secara tidak langsung, ini melibatkan kos yang tinggi untuk kerja baikpulih komputer desktop setiap kali virus menyerang komputer akibat penggunaan aplikasi yang tidak sah. Peruntukan baikpulih komputer adalah amat terhad.

Mohon jasa baik pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia membantu JKR Negeri menyelesaikan isu ini yang telah lama dibelenggu oleh setiap JKR Negeri bagi mendapatkan aplikasi Autocad yang sah.

Sekian, terima kasih.
in Miscellaneous 5,860 points 12 25 36

2 Answers

4 votes
Difahamkan perisian Autocad di Ibu Pejabat menggunakan license server. Ini bermakna jika JKR Negeri atau daerah yang mempunyai akses dengan 1govuc, maka bolehlah ianya menggunakan license Autocad tersebut. Cuba rujuk dengan bahagian BTM, CDPK untuk membantu masalah ini. Pada saya, instalisasi sama cuma pastikan tetapan server dan menggunakan serial number & product key daripada pihak BTM.

Wallahu'alam...
21,080 points 15 51 133
3
Salam Tuan,

Pertamanya ingin saya mengucapkan terima kasih atas keprihatinan pihak tuan berkenaan isu ini.

Untuk makluman pihak tuan, sebelum ini pihak saya telah bertemu dan berurusan dengan pihak BTM JKR Ibu Pejabat dan pihak kami dimaklumkan perisian tersebut hanya boleh digunakan dalam lingkungan ibu pejabat sahaja dan ianya adalah terhad.

Sekian, terima kasih atas jawapan dan pendapat pihak tuan.
2
Pada saya tidak wajar mengehadkan penggunaan di hq sahaja. Mungkin mereka utamakan hq dahulu disebabkan lesen yang terhad, tetapi jika Jkr Negeri buat design juga, kita perlu mohon lebih banyak lagi lesen tersebut.
Perkara macam ini rasanya boleh dibangkitkan ke pihak atasan kot..
2 votes
Pada pengetahuan saya, JKR Negeri Pulau Pinang membekalkan perisian Autocad secara berperingkat kepada setiap JKR Daerah dengan menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri
18,020 points 26 67 123
...