Salam dan Selamat Sejahtera,
Pengunaan aplikasi Autocad amat penting dalam penjanaan lukisan bagi rekabentuk setiap projek. Bagi projek yang HODT JKR Negeri, kami terpaksa menggunakan aplikasi Autocad yang tidak sah disebabkan JKR Negeri tidak mampu membeli aplikasi tersebut dan keadaan komputer desktop jabatan yang uzur dan tidak sesuai menggunakan aplikasi tersebut.
Secara tidak langsung, ini melibatkan kos yang tinggi untuk kerja baikpulih komputer desktop setiap kali virus menyerang komputer akibat penggunaan aplikasi yang tidak sah. Peruntukan baikpulih komputer adalah amat terhad.
Mohon jasa baik pihak Ibu Pejabat JKR Malaysia membantu JKR Negeri menyelesaikan isu ini yang telah lama dibelenggu oleh setiap JKR Negeri bagi mendapatkan aplikasi Autocad yang sah.
Sekian, terima kasih.