Pelarasan Harga Kontraktor hanya di tugaskan kepada pihak S.O sahaja berdasarkan kepada P.K. 4.7 Peranan Dan Tanggungjawab Pegawai Penguasa/Pengarah Projek Secara Am Dalam Mengawal Selia Projek Pembangunan Kerajaan dan tidak melibatkan kepada kontraktor utama.
Sekiranya pelarasan telah dibuat oleh S.O samada menerusi Jawatankuasa dan sebagainya, makluman secara bertulis perlu dikeluarkan kepada semua pihak terlibat termasuk pihak kontraktor meskipun tidak bersetuju oleh pihak kontraktor. Ia sesuai kepada para 16.4.4 dan 16.4.5 di dalam Buku Panduan Pentadbiran Kontrak Kerja Raya Edisi Ketiga.