search
Log In
4 votes
43 views
Apakah kesemua projek jalan JKR tidak kira ia dari kalangan pojek baru, naiktaraf atau kerja pembaikan berkala perlu laksanakan Plant Trail?

Apakah tujuan utama perlaksanaan Plant Trail?

Jenis ujian apa yang dianggap penting untuk dijalankan ketika Plan Trial?
in Pavement 48,820 points 106 195 351

1 Answer

2 votes
 
Best answer

Plant trial? Trial lay? Dua istilah ini sentiasa digunakan oleh kontraktor dan pihak S.O. sendiri. Adakah ia memberi maksud yang sama? Clause 4.3.3.3 (b) dalam JKR/SPJ/2008-S4 menyatakan plant trial. Tiada istilah trial lay. Namun, ramai di kalangan pemain industri di negara ini yang faham bahawa jika ia melibatkan penghasilan, penurapan dan pemadatan asphalt, itu biasanya dipanggil trial lay. Sebaliknya jika ia hanya melibatkan penghasilan sedikit asphalt dan dibuat ujian di makmal di asphalt mixing plant (kuari), itu dipanggil plant trial. Ujian yang biasa dijalankan semasa plant trial itu ialah binder content dan aggregate grading (bagi mengesahkan pematuhan atas job mix formula - JMF) serta volumetric properties (air voids - VFB, VIM) dan Marshall stability dan flow ke atas spesimen Marshall. Plant trial yang diamalkan ini tidak dinyatakan dalam SPJ. Namun, adalah wajar ia dilaksanakan oleh pihak kuari, tanpa perlu disaksikan oleh pihak S.O., bagi memastikan pihak kuari bersedia menghasilkan asphalt yang mematuhi JMF untuk trial lay. Jika asphalt yang dihasilkan didapati tidak mematuhi JMF umpamanya, pihak kuari seharusnya ulang plant trial itu sehingga berjaya dan diberi kelulusan awal oleh pihak S.O. ke atas JMF yang dicadangkan itu (cadangan JMF adalah berdasarkan mix design yang dibuat sebelum itu). Jika umpamanya aggregate grading yang dihasilkan semasa plant trial tidak sama dengan mix design (tidak sama bermaksud grading curve terkeluar dari grading envelope JMF iaitu grading curve mix design +/- toleransi yang ditetapkan dalam Table 4.3.6), adalah tidak wajar dan tidak seharusnya diterima jika aggregate grading diubah sesuka hati selepas plant trial. Ini adalah kerana perubahan ke atas aggregate grading akan turut melibatkan perubahan ke atas optimum binder content, dan perubahan ini hanya dapat ditentukan dan disahkan jika mix design dibuat semula, dengan menggunakan aggregate grading yang diubah itu.

Setelah pihak kuari berpuas hati dan yakin dapat menghasilkan asphalt sepertimana mix design hasil dari pelaksanaan plant trial itu, baharulah trial lay dapat diatur untuk dilaksanakan.

Kawasan trial lay hendaklah diluluskan oleh S.O. Kawasan ini seharusnya bukan sebahagian dari tapak kerja dalam kontrak. Walau bagaimanapun, bagi kerja pembaikan berkala pavemen dalam kontrak penyenggaraan jalan persekutuan, kawasan trial lay ini dibenarkan dibuat di tapak kerja. 

Clause 4.3.3.3 (b) itu menetapkan setelah kelulusan awal ke atas job mix formula yang dicadangkan itu diperolehi daripada S.O., kontraktor hendaklah merancang untuk menghasil, menurap dan memadat asphalt yang mematuhi JMF itu, iaitu melaksanakan trial lay. Kuantiti minimum asphalt untuk triial lay ialah 20 tan. Tidak sebagaimana plant trial, trial lay seharusnya disaksikan oleh pihak S.O. 

Sepertimana dinyatakan dalam SPJ, trial lay ini dilaksanakan untuk memastikan asphalt yang dihasilkan mematuhi JMF dan tahap pemadatan adalah memuaskan. Saya berpandangan ada tiga perkara utama yang perlu diberi perhatian dan dibuat ujian semasa trial lay;

a. Jentera penurapan yang digunakan (paver, rollers).

b. Asphalt yang dihasilkan (komposisi - binder content dan aggregate grading, serta air voids, Marshall stability dan flow).

c. Kerja penurapan yang dijalankan (mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern, laying thickness, compacted thickness dan density).

Sepertimana ditetapkan dalam SPJ, tindakan yang diperlu diambil semasa trial lay, antaranya ialah;

a. Rekod jenis dan berat rollers.

b. Rekod jenis paver.

c. Ambil sampel asphalt dari setiap lori (jika guna lebih dari satu lori), buat ujian binder content dan aggregate grading, density, air voids, Marshall stability dan flow.

d. Rekod mixing, laying dan rolling temperatures, rolling pattern dan laying thickness.

e. Ambil sampel core dan buat ujian untuk tentukan compacted thickness dan density. 

Jika asphalt itu terbukti mematuhi JMF, dan compacted thickness dan density adalah memuaskan, baharulah kerja sebenar dapat dijalankan. Tapi jangan lupa, semua rekod semasa trial lay hendaklah sentiasa dirujuk. Ini adalah untuk memastikan jentera penurapan yang sama digunakan, mixing, laying dan rolling tempratures, laying thickness dan rolling pattern sepertimana semasa trial lay digunakan. Jika tidak, apa guna buat trial lay!    

15,950 points 4 30 81
selected by
...