search
Log In
9 votes
139 views
Adakah dibenarkan pihak Kontraktor memohon pengurangan bayaran LAD yang dikenakan pada mereka dengan mengemukakan EOT yang dianggap layak untuk dimohon?

EOT tersebut dimohon selepas CPC dikeluarkan. Adakah Arahan, Pekeliling mahupun Pentadbiran Kontrak menyatakan boleh dilaksanakan sedemikian? Sekiranya tidak boleh, adakah pendekatan bawa ke 'court of justice' melangkau semua syarat-syarat tidak boleh tersebut?
in Contract Management 14,000 points 4 33 96

2 Answers

6 votes
 
Best answer

Prinsip pemberian EOT adalah berdasarkan konsep Natural Justice dan SO/PD hendaklah bersifat impartially (tidak menyebelahi mana mana pihak) dalam membuat keputusan terutamanya Pentadbiran Kontrak. 

Sekiranya Kontraktor sememangnya layak mendapat EOT atas alasan-alasan yang terkandung dalam syarat-syarat kontrak maka SO/PD hendaklah memberikan EOT tersebut dalam tempoh kontrak (rujuk syarat-syarat kontrak) yakni sebelum CPC dikeluarkan. Namun jika CPC telah dikeluarkan seeloknya perkara ini dibawa ke Jawatankuasa CCP untuk mendapatkan nasihat bagi langkah-langkah yang perlu dilakukan. Ini kerana, Jawatankuasa CCP terdiri daripada KPKR, Pengarah Kanan CKUB, Pengarah Adjudikasi dan Pegawai Undang-undang KKR berupaya menyelesaikan masalah perundangan agar tindakan yang bakal dilakukan oleh SO/PD tidak membawa implikasi buruk kepada Kerajaan.

Pada kebiasaanya, jika Jawatankuasa mendapati kontraktor layak terhadap EOT tersebut dan SO/PD tidak memberikan EOT atas alasan yang tidak munasabah maka pengurangan LAD diberikan dengan syarat mendapat kelulusan MOF selanjutnya. Soal tindakan audit/intergriti tidak perlu dibincangkan.

Namun, sekiranya pengurangan LAD tidak diberikan walhal Kontraktor sememangnya layak maka kemungkinan besar Kontraktor akan membawa perkara ini ke Arbitration/Mahkamah untuk waive keseluruhan LAD tersebut. Keputusan Arbitration/Mahkamah biasanya akan mengatasi mana peraturan pekeliling atau arahan Jabatan. Ini kerana, kontrak yang dimeterai antara Kerajaan dan Kontraktor adalah tertakluk kepada Akta Kontrak 1950 dan syarat-syarat kontrak JKR.

2,880 points 6 12 29
selected by
3
Terima kasih tuan atas pandangan tersebut. Sebagai maklumat tambahan mengenai perkara ini boleh rujuk kepada Arahan Perbendaharaan 202.2 dan Surat KPKR Bil.16/2015 sekiranya pihak Kontraktor tidak berpuashati atas keputusan pertikaian kontrak dan keperluan memohon pengurangan/pengecualian LAD.
2

Terima kasih Sr @hishamb atas perkongsian yes

2 votes

Persoalan yang ditimbulkan adalah berhubung dengan pengurangan LAD melalui kelulusan EOT. Dalam hal ini terdapat kekeliruan daripada pemahaman konsep pengurangan LAD. Sekiranya benar kontraktor mahu memohon lanjutan masa sebagaimana yang diperuntukan dalam syarat-syarat kontrak, dan sekiranya kontraktor sebenarnya didapati berhak untuk diberikan lanjutan masa, maka P.P. perlulah memberi lanjutan masa tersebut. Namun demikian sekiranya tujuan kontraktor adalah sebenarnya merayu untuk mengurangkan LAD melalui rayuan lanjutan masa, maka rayuan ini adalah tidak sejajar dengan peruntukan syarat-syarat kontrak.

Dalam hal ini sering yang menjadi tandatanya mengapakah kontraktor memohon lanjutan masa selepas sekian lama projek disiapkan. Isu sedemikian pernah dibangkitkan dalam prosiding Mahkamah dan ada kalanya permohonan lanjutan masa itu tidak dapat dibuktikan dan ditolak oleh Mahkamah. Seharusnya permohonan lanjutan masa oleh kontraktor sewajarnya dipohon dalam tempoh pembinaan dan bukannya setelah sekian lama projek disiapkan.

Dalam hal ini ada kemungkinan permohonan lanjutan masa itu bukanlah sesuatu yang boleh diluluskan menurut syarat-syarat kontrak tetapi sebaliknya lebih kepada cubaan untuk mengurangkan kenaan LAD. Sekiranya ini benar, maka permohonan lanjutan masa tersebut sebenarnya satu cubaan untuk menyalahguna peruntukan lanjutan masa dalam syarat-syarat kontrak.

Sebaliknya sekiranya permohonan lanjutan masa tersebut telahpun dipohon oleh kontraktor kepada P.P. terlebih dahulu dalam tempoh pembinaan tetapi telah ditolak, dan sekiranya kontraktor masih merayu agar permohonan lanjutan masa itu dipertimbangkan semula dan dalam rayuannya kali ini disokong dengan bukti-bukti yang lebih kukuh, dan setelah dinilai semula, P.P. mendapati permohonannya itu terbukti dan mempunyai asas yang kukuh sebagaimana peruntukan syarat-syarat kontrak, maka P.P. boleh mempertimbangkannya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan merujuk kepada:
Bahagian Kontrak dan Keurusetiaan
Cawangan Kontrak dan Ukur Bahan
Ibu Pejabat JKR Malaysia

51,920 points 33 88 182
...