search
Log In
4 votes
51 views
Terdapat item pembelian mesin di dalam item lump sum tersebut yang dikatakan tiada keperluan untuk dibeli. Adakah kerajaan boleh membuat pemotongan bayaran terhadap item lump sum tersebut?
in Technical & Contract Admin 500 points 1 2 13

1 Answer

2 votes
 
Best answer
Bagi item di bawah Lump Sum boleh dipecahkan harga kepada pembelian mesin tersebut. Ini perlu diselaraskan samada secara melihat kadar harga semasa atau cadangan harga yang dikemukakan kontraktor. Pihak Jurukur Bahan biasa menghadapi situasi harga yang sedemikian. Setelah itu, pemotongan atau pengurang skop di dalam kontrak dibolehkan sekiranya keperluan kepada kerja tersebut adalah muktamad tidak diperlukan. Bagi mengelakkan timbul semula keperluan tersebut, pengurang boleh dibuat pada akhir kontrak bagi memastikan keperluan tersebut tidak diperlukan. Sekiranya telah dipersetujui untuk pengurangan skop kerja tersebut, langkah-langkah secara pentadbiran kontrak boleh dilaksanakan dengan mengeluarkan Arahan Perubahan Kerja yang dibuat secara Jawatankuasa Arahan Perubahan Kerja. Setelah arahan dikeluarkan, Pelarasan Harga Kontrak perlu dibuat. (sila rujuk Pentadbiran Kontrak Edisi Ketiga Bahagian 16.2 Perubahan Kerja)
14,000 points 4 33 96
selected by
...