Isu ini bukanlah sesuatu yang baru, malah ianya akan terus berlaku walaupon jika kita terus mengamalkan konsep hukuman dan tindakan tatatertib, bukan menidakkan tentang pekeliling yang telah dikeluarkan tetapi bagaimana kita bertindakbalas dalam isu ini.
Umum tahu mengenai tatatertib dan hukuman-hukuman yang telah digubal dan disediakan, namun mengapa masih berlaku? isu pokoknya adalah mengenai MODAL INSAN yang kita sedang lahirkan. Kita mungkin lupa dan leka untuk mengejar core Bisnes JKR. kita sibuk untuk memenuhi kehendak dan tanggungjawab koprat kita, namun kita telah abaikan tanggungjawab melahirkan Modal Insan yang berkualiti dan berdaya saing dari aspek disiplin dan tanggungjawab.
Sebenarnya kita tidaklah 100% mengabaikan perkara Modal insan ini, namun, keutamaanya itu sahaja yang kita selalu belakangkan dan kemudiankan. kita lebih fokus kepada menyiapkan sesuatu projek, menghasilkan sebanyak mungkin output yang bertepatan dengan Core Busness JKR. sehingga kita mengetepikan masalah/virus dalaman yang sedang berlaku. Buktinya, kita sudah ada Unit Psikologi dan AKRAB.
Sebenarnya, jika semua pihak, meletakkan pembangunan modal insan itu sama penting dalam Core Bisness kita, inshaALLAH, kita akan seiring dan menjadi Jabatan yang Unggul dari pelbagai aspek.
Percaya atau tidak? ada di antara Ketua Jabatan, atau Ketua Bahagian yang kurang berminat untuk kakitangannya melibatkan diri dengan aktiviti atau program kerohanian dan motivasi? program-program AKRAB? malah menganggap ianya sesuatu yang membuang masa. Bagi mereka? projek lebih penting untuk disiapkan. Projek ada SKALA yang perlu dipatuhi dan ada date linenya. Tidak menyalahkan Ketua Bahagian atau Ketua Unit sahaja, malah kakitangan JKR itu sendiri juga disemai dan diasuh dengan mentaliti sedemikian, banyak kerja perlu disiapkan, kursus dan motivasi ini hanya buang masa. Tiada Markah yang banyak mempengaruhi SKT mereka.
Walaupun sudah banyak majlis Ilmu dan program yang telah dilaksanakan oleh AKRAB dan BPSM, namun penglibatan dari semua kakitangan masih kurang memberangsangkan, malah penganjuran program-program melibatkan AKRAB dan BPSM ini hanya dilihat seolah-oleh tidak memberikan faedah kepada Jabatan. Ini yang telah kita silap.
Memetik ucapan yang disampaikan Oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Ybhg. Dato' Ir. Dr. Meor Abdul Aziz Bin Haji Osman pada Majlis Hari Terbuka Akrab JKR pada 24 Julai 2019 yang lalu, beliau menyatakan agar peranan AKRAB dapat dioptimumkan, supaya mampu menjadi nadi dalam pengurusan modal insan yang cemerlang dan menjadi pendorong kepada penjawat awam untuk lebih efektif dan cemerlang. Ini membuktikan bahawa Ybhgia. Dato KPKR sendiri mahu penekanan kepada Modal Insan ini diberikan kerjasama oleh semua pihak.
Andai semua pihak faham dan memberikan sokongan penuh akan kewujudan AKRAB dan program-program yang dijalankan, barulah kita akan dapat menanggani isu - isu sebegini dengan lebih berkesan.