search
Log In
5 votes
138 views

Dalam Fasa Perancangan, Satu Projek Kuarters (Perumahan) telah dikenalpasti untuk dilaksanakan secara Konvensional Perunding.

Dalam Pengiraan Anggaran Awalan (PDA) bagi kos projek berkenaan, Pihak HODT perlu mengemukakan bersama anggaran bagi Kos Perunding.

Berdasarkan pengiraan Untuk Yuran Ikhtisas, HODT menggunakan formula dari BEM berdasarkan KOS SILING. Berdasarkan Form CSA2014 - Engineering (Ammendment 2018) sepertimana yang terkandung di dalam P.K3 tidak menyatakan pengiraan Untuk pengurangan bagi repetitive unit.. 

Walaubagaimanapon, pihak pelanggan tidak bersetuju dengan pengiraan tersebut. Pihak pelanggan memaklumkan pengiraan yuran ikhtisas sepatutnya ada pengurangan untuk unit seterusnya bagi Kerja repetitive (unit sama) sepertimana maklumat dari BEM (http://www.bem.org.my/scale-of-fees

  1. scale of fees for housing development (Revised 2003). - PU (B) 288
  2. Consultancy Service Aggrement Between Government And Consultancy Firm (Form CSA2014- Engineering)

Pengiraan SOF manakah yang perlu dibuat. Sekiranya boleh buat pengiraan untuk pengurangan repetitive unit, boleh saya dapatkan rujukan pengiraan..

Terima kasih

in Contract Administration 27,320 points 38 98 203
edited by

1 Answer

5 votes
Untuk perkara ini, pihak Tuan perlu mematuhi PK3.8 (Surat Setuju Terima dan Perjanjian Perunding) yang berkuatkuasa semasa. Di dalam perjanjian tersebut adalah termaktub cara pembayaran kepada perunding iaitu seperti di Perjanjian Perunding PART B: PAYMENT FOR PROFESSIONAL SERVICES pada Form CSA2014(Amendment 2018).

Apa yang dinyatakan oleh pihak Pelanggan adalah benar iaitu Scale Of Fee to Repetitive Work For Housing seperti yang dinyatakan di dalam BEM P.U.(B) 288 tetapi pemakaian perjanjian tersebut tidak terpakai lagi kerana pernyataan Schedule of Fee ini merujuk kepada Form CSA2014(incl. SOF 2010) PART B:SCHEDULE OF FEE.

Oleh itu, pihak Tuan boleh menjelaskan semula kepada pihak Pelanggan atas perkara ini. Ini adalah kerana sebarang perubahan perjanjian perlu merujuk kepada Kementerian Kewangan Malaysia. Namun begitu, jika merujuk kepada PK3.2(Kos Perkhidmatan Perunding) pada para 2.1.5 juga tidak menjadikan SOF sebagai mekanisma utama dan hanya dijadikan sebagai panduan sahaja.

Semoga bermanfaat.
14,000 points 4 33 96
1
Sekiranya SOF tidak digunakan dalam hal ini, adakah detail di dalam CSA perlu diubah..
1
Untuk perkara ini CSA yang berkuatkuasa telah dinyatakan dengan jelas dan tidak perlu diubah.
0

Terima kasih Tn @mhafizs atas perkongsian bermanfaat bersama warga JKR! yes

...