Assalamualaikum dan Salam sejahtera
Saya memohon pencerahan berkaitan lukisan piawai (PAP) yang digunakan oleh JKR. Seringkali dilihat masih terdapat kekurangan dan kelemahan lukisan piawai sediada dan masalah yang sama sering berulang.
Adakah urusetia lukisan Piawai (PAP) maklum sebarang perubahan yang berlaku di tapak? Adakah two-way communication berlaku di antara cawangan-cawangan yang terlibat contoh pihak CPAB setiap tahun akan mengumpulkan lesson learnt dari JKR Negeri dan Cawangan yang melibatkan semua disiplin dan antara topik utama yang akan dibangkitkan adalah percanggahan lukisan piawai (bagi projek yang mempunyai lukisan piawai).
Adakah perkara tersebut dipanjangkan kepada Urusetia Lukisan PAP. Kadang-kadang ia menjadi masalah apabila perkara ini pernah dibangkitkan tetapi mungkin maklumat tidak sampai.
Kami juga yang berkhidmat di daerah mengharapkan satu saluran yang lebih mudah agar isu ini tidak berbangkit lagi dan masalah ini tidak berulang bagi JKR lain yang menggunakan lukisan piawai yang sama kerana ia boleh menyebabkan pertambahan kos, kelewatan kerja di tapak.
Mohon pencerahan tuan/puan yang lebih arif.