Pasukan projek kami terlibat dengan kerja-kerja pembinaan telaga tiub memandangkan kawasan projek ini tidak mempunyai bekalan air dari PAIP.
Walau bagaimanapun, pihak kami tidak berpengalaman di dalam melaksanakan kerja-kerja ini. adakah mana-mana cawangan/JKR Negeri/JKR Daerah yang pernah melaksanakannya?
Adakah JKR mempunyai Spec bagi kerja-kerja ini? Adakah JKR ada anggaran kos untuk dirujuk? pelaksanaan kerja-kerja pembinaan telaga tiub ini perlu siap sepenuhnya sehingga proses filtration kerana bukan semua kontraktor ada kepakaran sehingga ke proses itu.
Ini menjadi kesukaran kami kerana tiada rujukan dan hanya bergantung kepada spec yang diberikan oleh kontraktor kerana dia berpengalaman membuat telaga tiub bagi SPRITZER dan lain-lain. Adakah ia boleh digunapakai tanpa perlu sebarang rujukan dari JKR?