Untuk makluman, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah membuat pengambilan pegawai baru bagi jawatan Penolong Jurutera Awam Gred JA29 secara kontrak untuk ditempatkan JKR Pulau Pinang dalam menghadapi cabaran dalam pelaksanaan AP182.
Pihak tuan boleh mengemukakan permohonan cadangan bagi pelantikan jawatan Penolong Jurutera Awam Gred JA29 secara kontrak bersama dokumen berikut untuk perhatian dan pertimbangan Kementerian Kerja Raya selaku Pihak Kuasa Melantik :
1) Justifikasi Keperluan
2) Deskripsi Tugas
3) Senarai / Maklumat Bilangan Projek (yang sedang dilaksanakan)
4) Carta Organisasi (Kedudukan Jawatan)
5) Peruntukan (sama ada mencukupi untuk membiayai jawatan tersebut)