Keperluan analisa utk sesuatu bukaan di dalam papak sediada adalah bergantung kepada saiz panel papak, saiz bukaan, beban yang dikenakan dan juga lokasi bukaan tersebut.
Berpandukan kepada pengalaman saya, sekiranya bukaan ini hanya melibatkan pemotongan satu (1) bar reinforcement, ianya masih lagi memadai. Walaubagaimanapun, sekiranya ianya melibatkan pemotongan bar yang banyak, maka analisis perlu dijalankan untuk memastikan stresses di bucu bukaan adalah terkawal. Secara amnya analisis yang boleh dijalankan adalah dengan menggunakan Finite Element. Dengan cara ini, maklumat stresses di setiap bahagian papak dapat dikaji dengan lebih baik.