Untuk makluman puan, Aplikasi Competency Identification (CI) boleh diakses melalui Portal MyKJ dengan klik button kompetensi. Aplikasi CI ini dilaksanakan oleh semua pegawai teknikal pelbagai bidang (Awam, Mekanikal, Elektrik dan sebagainya) pada setiap tahun melalui pendekatan penilaian diri (Self Assessment) dan disahkan oleh pegawai atasan (penyelia) secara atas talian.
Faedah pelaksanaan CI ini adalah memudahkan pegawai atasan (penyelia) mengetahui skill dan pengalaman pegawai bawahan berkenaan bagi sesuatu bidang keperluan secara khusus dengan cepat dan Laporan Penilaian Kompetensi pegawai melalui sistem CI berkenaan boleh cetak untuk memudahkan pegawai bawahan melengkapkan Borang SPB Kompetensi Utama Dan Penilaian Kompetensi Staf JKR (Lampiran B) untuk semakan penyelia dan sangat membantu dari segi persediaan dokumen lengkap bagi menghadapi Pengauditan Juruaudit SIRIM.