search
Log In
3 votes
37 views
Adakah boleh menggunapakai atau meluluskan permohonan kelulusan bahan daripada kontraktor yang mana pembekal bahan tersebut tiada dalam Senarai Bahan/Barangan Binaan Tempatan (SBBT)?
in Contract Management 150 points 2

1 Answer

2 votes
Untuk perkara ini boleh dirujuk pada Syarat-syarat Kontrak Semasa yang digunakan. Sekiranya merujuk kepada PWD FORM 203A (Rev.1/2010) pada klausa 80.2 menyatakan sekiranya bahan tiada didalam senarai adalah perlu dilaksanakan ujian bahan tersebut oleh Ikram QA Service S/B atau Sirim QA Service S/B untuk mendapatkan sijil kelulusan. Sekiranya agensi tersebut tidak dapat menjalankan ujian bahan tersebut, pihak kontraktor boleh melaksanakan ujian bahan pada agensi yang dicadangkan oleh pihak kontraktor tetapi perlu mendapat kelulusan oleh pihak S.O terlebih dahulu.

Semoga bermanfaat.
14,000 points 4 33 96
...