search
Log In
5 votes
74 views
Apakah kesan dan impak sekiranya sesuatu jalan yang baru sahaja diturap, terus dibuka kepada pengguna trafik tanpa menunggu sekurang-kurangnya 4 jam atas faktor jalan tersebut mempunyai kapasiti trafik yang tinggi pada waktu siang.
in Pavement 560 points 1 6 14

1 Answer

4 votes

Turapan baharu seharusnya dibuka pada trafik hanya setelah pemadatan selesai dijalankan dan turapan telah sejuk. Clause 4.3.3.5 (k) dalam JKR/SPJ/2008-S4 memberi panduan tempoh masa yang diperlukan kebiasaannya adalah tidak kurang dari 4 jam selepas bermulanya pemadatan. Walau bagaimanapun, sekiranya turapan itu perlu dibuka lebih awal bagi melancarkan lalulintas, clause yang sama menyatakan pergerakan trafik hendaklah dikawal agar kelajuan tidak melebihi 30 km/jam dan membelok secara mendadak hendaklah dilarang sama sekali. Oleh itu, perlu lebih peka ke atas turapan di kawasan persimpangan dan selekoh tajam; mungkin tiada pilihan selain perlu  menunggu sehingga 4 jam seperti ditetapkan. Jika tidak, permukaan jalan itu akan berlekuk, tidak rata dan beralun. Selain itu, keretakan halus juga akan terbentuk. Dipendekkan cerita, cuba bayangkan apa akan jadi ke atas turapan yang masih panas dan lembut jika dikenakan high shear stresses dari geseran tayar khususnya kenderaan berat!       

15,950 points 4 30 81
...