search
Log In
5 votes
119 views
Jenis water proofing yang terbaik digunakan di kawasan exposed concrete dan berapa lama warranty minumum yang harus dibekalkan pembekal water proofing
in Structure 710 points 1 9 18

3 Answers

4 votes
Warranty untuk sesuatu kerja waterproofing boleh dibahagi kepada dua jenis utama:

1. Warranty utk bahan sahaja

2. Warranty untuk bahan dan kerja

Pada kebiasaannya JKR memerlukan warranty untuk perkara (2). Untuk memastikan warranty ini diberi oleh syarikat waterproofing, kerja kerja waterproofing ini kebiasaan nya harus dijalankan oleh applicator yang disahkan oleh syarikat waterproofing. Serkiranya applicator ini tidak termasuk sebagai applicator sah oleh syarikat waterproofing, kemungkinan syarikat ini tidak akan memberi sebarang warranty.

Tempoh warranty perlulah munasabah kerana ianya akan melibatkan kos. Pada dasarnya bahan waterproofing boleh bertahan di antara 5 hingga 30 tahun bergantung kepada jenis dan bahan asas yang digunakan.

Untuk tujuan penetapan warranty kerja waterproofing, pada pandangan saya ianya perlu mengambil kira tempoh minimum ketahanan bahan tersebut, iaitu 5 tahun. Ada yang berpandangan perlu memberi warranty 10 atau 20 tahun. Tetapi secara praktikalnya, pada tempoh 10 atau 20 tahun, fail projek yang berkenaan (termasuk surat warranty) telah pun ditutup dan kemungkinan besar tidak dapat dijumpai dan kesemua pegawai di dalam JKR atau pun pemilik bangunan tidak tahu menahu berkenaan dengan warranty tersebut, walhal kos utk warranty ini telah pun dimasukkan ke dalam kos asal waterproofing tersebut.
50,250 points 25 103 239
0
terima kasih tuan :)
2 votes
Jenis waterproofing terbaik untuk kawasan konkrit bumbung rata pada saya adalah bergantung kepada kaedah pemasangan lapisan waterproofing berkenaan. No matter how good the product is, if the installation and surface preparation was not according to the procedure / specification, it will not work for the specified warranty period. In the market sekarang ada pelbagai jenis, instant rubber, polyurea, polyurethane, impregnation, crystallize waterproofing dan banyak lagi. Choose base on keadaan di tapak and your budget. Please contact Bhg Forensik CKAS for further details.
1,490 points 2 5 15
0

Terima kasih atas perkongsian Pn @emmysherina yesyes

1
baik puan. terima kasih :)
1 vote

Sekadar memberi pandangan.....

Secara lazimnya konkrik yang terdedah bakal menghadapi dua ancaman utama, iaitu serangan Carbonation dan Chloride attack. Kedudukan concrete member berkaitan akan menentukan tahap dan intensity serangan yang mampu menjejaskan serviceability dan effective life span concrete member berkaitan.

Dengan adanya density concrete quality dan concrete cover yang mencukupi sudah pasti kita akan mempunyai covercrete yang kukuh dan durable untuk menghadapi ancaman carbonation dan chloride attack kesatu tahap dan tempoh yang dirancangankan mengikut kehendak rekabentuk. Maka Water Proofing yang disyorkan akan lebih menjurus kearah pembentukan Defence Barrier tambahan yang bakal meningkatkan tahap durability of the exposed member demi memanjangkan effective service life span.

Kebiasaannya kita akan menggunakan Silane Siloxane sebagai base coat untuk menghadapai serangan chloride dan Pigmented Methacrylate sebagai top coat untuk menghadapi serangan carbonation.

49,130 points 107 197 356
edited by
0
Tuan, adakah pemilihan base coat ini berdasarkan sesuatu kawasan. Contohnya, jika di persisiran pantai perlu menggunakan base coat yang menghadapi serangan choloride Attack manakala di kawasan biasa hanya menggunakan base coat yang menghadapi carbonation. macam jenis pemilihan cover XC1, XS1, XC2 berdasarkan lokasi tapak pembinaan.
0
Kedudukan dan lokasi struktur akan menjadi penentu kegunaan jenis protective coating. Secara lazimnya disyorkan struktur yang berkedudukan di persisiran pantai perlu dibekalkan base coat jenis anti-chloride, selainnya anti carbonation sudah memadai. Akan tetapi kualiti pembina kekal memainkan peranan penting dalam isu durability disamping membekalkan protective coating.
0
Baik tuan, faham.. terima kasih :)
...