search
Log In
5 votes
45 views
Bolehkah peruntukan MARRIS digunakan bagi menjalankan kerja-kerja seperti berikut :-

a) Menukar jalan tanah (sediada) kepada jalan premix

b) Menukar jalan crusher run (sediada) kepada premix

c) Membina bonggol baru (jalan sediada tiada)
in Road 560 points 1 6 14
0
peruntukan MARRIS disediakan untuk penyelenggaraan bagi pemeliharaan dan/atau pemuliharaan jalan-jalan negeri, perabot tepi jalan, jambatan, jejambat, atau pembentung yang menjadi sebahagian daripada jalan itu atau yang bersambung dengannya dengan seberapa hampir yang mungkin dengan keadaan asalnya sebagaimana yang dibina atau sebagaimana yang dibaiki kemudiannya. Bagi kerja-kerja yang dinyatakan di atas, pada pandangan saya ianya dikategorikan sebagai pelaksanaan projek baru dan bukan di bawah peruntukan MARRIS..mohon maaf jika maklumat yang dikemukakan tidak tepat.

Please log in or register to answer this question.

...