search
Log In
9 votes
64 views
Apakah pendekatan yang boleh diambil oleh JKR dalam menangani cabaran AP 182 dan pada masa yang sama memastikan reka bentuk bangunan adalah cekap tenaga dan lestari?
in Green 4,460 points 2 12 30

1 Answer

6 votes
JKR dalam Pelan Strategik dan Pelan Bisnesnya telah pun menggariskan tentang Kelestarian dalam Pelan Pembangunannya. JKR dalam Pelan Strategiknya berhasrat untuk memacu Kelestarian melalui Pengurusan Aset Menyeluruh (PAM). Malah komited dalam menghasilkan Infrastruktur yang Lestari.

Untuk Tujuan ini, JKR telah menggariskan Kelestarian di dalam TEMA 4 Pelan Strategik - Memacu Kelestarian bagi tempoh 2016-2020. iaitu dengan meletakkan 4 skor utama iaitu Kelestarian Infrastruktur, Mencipta Kelestarian Aset, Menambahbaik Amalan Pengurusan Aset Menyeluruh, membentuk Champion Kelestarian.

Dalam Framework, 3 Perkara Penting yang diambil kira dalam menjayakan Program Pembangunan Lestari adalah Faktor ekonomi, Persekitaran dan Sosial.

1. Perlaksanaan Bersepadu Projek-Projek Lestari
- melaksanakan Projek bertaraf Hijau ke arah kelestarian Infrastruktur

  - Melaksanakan pengurusan Aset menyeluruh ke arah Aset berprestasi tinggi

2. Pelaksanaan Program Pembangunan Dan Pengurusan Lestari

  - melaksanakan Program Pembangunan Lestari ( MyCREST, TBB, EPC & GREEN MISSION 2.0)

dan banyak lagi yang menjadi Scoreboard di peringkat KPKR, TKPKR sehinggalah ke Negeri, bahagian dan cawangan.

Sementara itu, Caw. Alam Sekitar dan Kecekapan tenaga juga telah melantik wakil tetap DUTA LESTARI JKR dari semua bahagian, cawangan dan Seluruh Negeri untuk berperanan memantau kemajuan program pembangunan Lestari dapat dijalankan di semua peringkat.
49,100 points 9 23 56
edited by
1

Terima kasih atas perkongsian Tn @Ismail Hanafi yes

...