search
Log In
8 votes
78 views
Berdasarkan klausa 5.3 syarat-syarat kontrak PWD203 (1/2010), apakah implikasi kontrak sekiranya perlantikan pihak ketiga dibuat bagi melaksanakan kerja yang tidak disiapkan oleh kontraktor utama?
in Contract Management 360 points 1 3 6

2 Answers

4 votes
 
Best answer

Pegawai Penguasa adalah bertanggungjawab untuk sentiasa memastikan kontraktor melaksanakan segala obligasinya di dalam kontrak dengan tekun dan teratur. Sekiranya pihak kontraktor masih gagal melaksanakan kerja yang termaktub di dalam kontrak dengan rekod teguran di dalam mesyuarat serta peringatan bertulis yang mencukupi, Pegawai Penguasa boleh mengambil tindakan melaksanakan kerja tersebut samada secara jabatan atau melantik dan membayar pihak ketiga untuk menyiapkan kerja tersebut. 

Walaubagaimanapun, hal ini tertakluk kepada nilai dan kuantiti sebenar yang gagal dilaksanakan serta tempuh actual kontraktor tidak melaksanakan obligasinya sahaja dan bukannya keseluruhan skop di dalam itemised bill. 

Segala kos dan perbelanjaan yang terlibat untuk menyiapkan kerja tersebut termasuk On Cost Charge sebagaimana yang terkandung di dalam kontrak hendaklah ditolak daripada apa-apa baki bayaran kepada Kontraktor berdasarkan kepada Klausa 5 syarat-syarat kontrak. Sekiranya baki bayaran kepada Kontraktor telah tidak mencukupi, nilai pemotongan tersebut hendaklah diperolehi daripada Bon Pelaksanaan sebagai jumlah yang terhutang oleh Kontraktor kepada Kerajaan.

520 points 1 2 5
selected by
0

Terima kasih atas perkongsian bermanfaat Tn @hermansyah

4 votes
Klausa 5.3 Syarat-syarat kontrak (203A) membenarkan pihak P.P. untuk melantik pihak ketiga untuk melaksanakan kerja sepertimana di Klausa 5.1 sekiranya kontraktor enggan melaksanakan kerja yang diarahkan. Semua kos yang ditanggung berhubung pelantikan pihak ketiga tersebut hendaklah dituntut oleh Kerajaan kepada kontraktor termasuk 'on cost charges'. Pelantikan pihak ketiga ini tidak akan menjejas apa-apa hak atau remedi lain yang ada pada kerajaan di bawah kontrak.
1,300 points 1 4 10
...