Bancuhan konkrit yeng dibenarkan di dalam Seksyen D, Spesifikasi piawai masa kini (edisi 2014) membenarkan pengunaan dua jenis, iaitu designed mix dan juga prescribed mix. Spesifikasi ini juga adalah bertepatan dengan keperluan Standards Malaysia MS EN 206-1, MS 523 Part 2 dan MS 523 Part 3. Kualiti konkrit ditentukan dengan ujian-ujian kiub dan juga ujian slump atau flow test.
Sekiranya dikaji dengan keperluan spesifikasi , ujian-ujian ini perlu dijalankan di dalam tiga(3) peringkat
i) Initial Test - ujian kiub ini hanya perlu dijalankan oleh pihak pembekal konkrit sekiranya bancuhan konkrit adalah baru dan tidak pernah digunakan di mana-mana projek lain. Jika bancuhan ini telah perbah digunakan, maka ujian initial ini tidak perlu. Konsep ini adalah berlainan dari trial mix yang telah diamalkan oleh pegawai JKR selama ini.
ii) Conformity Test - Ujian ini merangkumi pengambilan sampel dan ujian-ujian slump/flow test dan ujian kiub yang dilaksanakan oleh pembekal konkrit dan dilaksanakan di mixing plant. SO perlu memastikan pihak pembekal melaksanakan ujian ini dengan meminta rekod ujian dari masa ke semasa.
iii) Identity Test - Ujian ini juga merangkumi pengambilan sampel dan ujian-ujian slump/flow test yang dilaksana oleh Kontraktor di tapak bina dan disaksikan oleh pegawai JKR. Ujian ini akan menentukan samada pembekalan konkrit ke tapak lulus atau sebaliknya.
Dengan adanya skema ujian-ujian ini, adalah diharap pemastian kualiti konkrit di tapak adalah baik.
Ketahanan lasak sesuatu bancuhan konkrit adalah bergantung kepada gred bancuhan konkrit. Telah ada bayak kertas kajian yang melaksanakan kajian berkenaan keperluan ketahanlasakan bancuhan konkrit. Secara amnya, Gred 28/35 atau 30/37 yang diamalkan oleh JKR dianggap sebagai bancuhan yang mempunyai daya tahan yang tinggi. Walaubagaimana tahap kelasakan konkrit juga bergantung kepada kawalan ketika meletak konkrit, terutama kepada kedudukan besi tetulang, jarak cover, kaedah awet dan juga suhu bancuhan konkrit.
Penggunaan bahan tambah atau admixtures tidak di larang penggunaannya. Spesifikasi membenarkan penggunaan bahan ini di dalam designed mix yang dibekalkan oleh Pembekal Konkrit. Sila rujuk Klausa 2.4 , Seksyen D, Spesifikasi Piawai.