Pindaan rekabentuk berulang sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor. Bukan sahaja kerana faktor muka bumi yang berkontur, tetapi faktor2 kehendak Pelanggan, kos, dan juga kesilapan kontraktor juga menyebabkan lukisan rekabentuk perlu dipinda.
Di dalam proses merekabentuk, terdapat fasa-fasa yang diambilkira dalam menentukan rekabentuk final. Antaranya brief pelanggan, kesesuaian sesuatu tapak, budget, dan sebagainya.
Sebelum sesuatu projek diputuskan untuk dilaksanakan, memang perkara pertama yang diperlu dilakukan adala melawat tapak, dari situ, pelan kerja ukur (survey drawing) mesti terlebih dahulu disediakan. Ini adalah untuk mengira kos kerja tanah, struktur muka bumi di situ dan juga kesesuaian jenis asas yang akan digunakan.
Kesimpulannya, perubahan rekabentuk bukan disebabkan oleh faktor mukabumi dan struktur tanah sahaja sebaliknya banyak faktor yang mempengaruhi pindaan rekabentuk pelan bangunan.