search
Log In
8 votes
45 views
Seringkali terdapat pokok-pokok ditanam di kawasan perumahan sehingga ada yang mencapai ketinggian sehingga 18 hingga 20 kaki dan ukur lilit sehingga 50  hingga 60 inci sehingga menimbulkan perasaan khuatir jika pokok tersebut tumbang. apakah garis panduan yang perlu dirujuk untuk menyatakan bahawa pokok tersebut sepatutnya ditebang/dipotong.
in Green 14,280 points 28 50 83

2 Answers

7 votes
 
Best answer
Pengurusan landskap bagi kawasan perumahan adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing. Semua PBT mempunyai garis panduan dan tatacara pengurusan pokok-pokok ameniti di kawasan tadbir masing-masing. Contohnya, BDKL mempunyai Pelan Pengurusan Pokok Rendang. Lain PBT mungkin menggunakan nama yang lain.

Oleh itu, jika terdapat pokok-pokok rendang atau tinggi yang dikhuatiri membahayakan keselamatan awam, laporan boleh dibuat terus kepada PBT yang berkaitan. Selain PBT, Jabatan Landskap Negara juga mengeluarkan beberapa rujukan dalam pengurusan pokok-pokok besar seperti Manual Pemangkasan Pokok Ameniti dan Manual Pengurusan Risiko Pokok Ameniti.
660 points 1 3 8
selected by
10 votes
JKR melalui Cawangan jalan ada mengeluarkan Nota Teknik Jalan NTJ 19/97 (Pindaan 2019) bertajuk Intermediate Guidelines to Road Reserve Landscaping. Garis panduan ini termasuk menamakan jenis-jenis pokok serta lokasi-lokasi yang sesuai ditanam. Dokumen boleh diperolehi  di bahagian Inovasi dan Standard Cawangan Jalan.
690 points 3 4 10
...