Berdasarkan pengamatan semasa menjadi urusetia CPM di JKRNS dan pengalaman sebagai kontraktor dalam pembinaan berprestasi tinggi , kenyataan tersebut mungkin boleh dikaji dari beberapa aspek. Perlu diingatkan asas pengurusan projek menyatakan 'projek adalah sesuatu yang unit dan tidak akan sama pada mana atau mana-mana keadaan'. Oleh yang demikian, mempunyai data berkaitan mungkin boleh membantu tetapi tidak dapat menyelesaikan banyak masalah secara segera. Apa yang penting adalah pemahaman projek itu secara tersendiri dan menyeluruh.
Oleh yang demikian, berdasarkan pengalaman berada dipihak kontraktor, memang wajar Perancangan Projek ini dilaksanakan oleh kontraktor di mana mereka dapat memaksimakan pengurusan kemajuan kerja berdasarkan kemampuan kewangan/tenaga dan sumber mereka. Cuma (pengalaman kat JKR pula) yang menjadi kekecewaannya ialah bila mereka yang tidak dilengkapi dengan ilmu ini menjadi kontraktor dan mula merancang atas dasar kena hantar untuk kelulusan tanpa memahami keperluan projek dan kemampuan mereka. Contoh bolehkan merancang untuk melaksanakan kerja konkrit pada hari Sabtu?
Ini penting kerana bila aktiviti kritikal tertinggal, akan menjadi masalah sehingga memerlukan penilaian semula. Ada juga kontraktor yang tidak faham, berhujah bahawa masa penyiapan lambat lagi dan tidak perlu follow workprogram dari awal dan sebagainya.
Jadi pada pandangan saya, SO dan PTB perlu untuk memahirkan diri untuk memastikan CPM adalah tepat dan mampu dicapai oleh kontraktor dan dapat memantau dengan baik sepanjang proses pembinaan, namun penekanan kepada kontraktor agar benar-benar ikhlas semasa merancang CPM agar tidak menghantar sekadar untuk kelulusan Jawatan Kuasa tanpa memikirkan kemampuan mereka melaksanakan kerja kelak.
Dan saya percaya ianya akan tetap berlaku selagi ungkapan "kini semua orang boleh jadi kontraktor" masih terpahat dikalangan pemain industri ini..