search
Log In
6 votes
82 views
Di manakah kami boleh mendapatkan rujukan tentang Roles & Responsibilities Pengurus Program (PP) & Penolong Pengurus Program (PPP)?

Adakah negeri yang dilantik sebagai Penolong Pengurus Program (PPP) boleh melantik HODT dari peringkat IBU Pejabat (cthnya: Caw. Arkitek, CKAS, CKG)? Ini disebabkan tiada kepakaran membuat rekabentuk di peringkat negeri.
in Project Management 370 points 1 4 9

2 Answers

4 votes
Berhubung Roles and Responsibilities Pengurus Program (PP) ini saya tak pasti, namun semasa saya bertugas di UKAS, JPM, pihak CPAB, JKR telah menyediakan Roles and Responsibilities bagi projek-projek UKAS,JPM dan JKR.

Berhubung perlantikan HODT oleh PPP, pada pandangan saya ianya munasabah untuk PPP lantik HODT di ibu pejabat JKR Malaysia untuk membantu rekabentuk terutama sekali sekiranya tiada kepakaran rekabentuk diperingkat negeri. Sekadar pandangan peribadi saya. Mungkin pihak CPAB JKR boleh ulas lanjut.
1,620 points 2 3 16
0

Terima kasih atas perkongsian, Tn Ir @Shamsuddin yes

3 votes
Alasan yang biasa didengar adalah pegawai di negeri tiada kepakaran. Walhal, di dalam promosi JKR kepada orang luar, JKR adalah jabatan terulung teknikal dan merupakan penasihat teknikal kepada negara. Pada pandangan saya, tidak ada masalah jika pegawai di negaeri dilantik sebagai HODT. Sebagai HODT, tanggungjawab nya adalah utk manage design. Managing design ini ada berbagai cara, samada melaksana rekabentuk secara sendiri ataupun melantik orang lain utk menjalankan rekabentuk. Yang pentingnya HODT mengurus pengeluaran rekabentuk tepat pada masa dan kualiti yang munasabah.
Sehubungan dengan ini, HODT boleh melantik pejabat rekabentuk di Ibupejabat sebagai pejabat khidmat teknikal atau 'perunding'. Dan rekabentuk boleh dilaksana oleh 'perunding' ini. Sebarang masalah rekabentuk atau penyelarasan rekabentuk perlu dilaksana oleh HODT ini.

Dengan cara ini, pengalaman rekabentuk akan dapat dipertingkatkan oleh pegawai di negeri lebih lebih lagi dengan terbentuknya pasukan rekabentuk di negeri.
50,250 points 25 103 239
...