Semasa bersama dengan syarikat kontraktor dan melaksanakan projek pembinaan di Melaka dan bukan dikelola oleh JKR, jurutera residen (RE) pada ketika itu (O&L Jurutera Perunding) menetapkan tempoh pembukaan acuan adalah berdasarkan spek JKR dan bukan spek biasa untuk projek swasta (buka selepas 24 jam) atas alasan 'kawalan kualiti' dan jika kami (kontraktor) nak buka juga ikut BS atau spek piawai kerja swasta dia minta disertakan surat/memo pelepasan tanggungjawab berkaitan perkara tersebut dan tiada siapa yang berani nak keluarkan.
Secara kebetulan, semasa projek berjalan, berlaku keadaan di mana konkrit salah satu panel papak dan rasuk (slab & beam/ second floor casting) yang telah dicast sehari sebeleum itu telah tidak set walaupun setelah melebihi 30 jam. Keadaan ini menyebabkan papak konkrit tersebut akan berlubang jika kita tekan dengan paku atau pemutar screw tanpa mengunakan kuasa yang banyak. (hand driven).
Hasil siasatan kemudiannya oleh pembekal dan jurutera residen tersebut didapati terdapat kesilapan memasukkan jumlah 'retarding agent' sehingga menyebabkan proses penghidratan simen dilambatkan kepada beberapa hari. Oleh yang demikian, untuk menjaga kualiti, RE pada ketika itu memutuskan untuk mengunakan tempoh yang dicadangkan oleh spek JKR pada ketika itu.
Jadi pada pandangan saya, jika kualiti konkrit yang diterima adalah superb tanpa sebarang keraguan yang munasabah, pihak kontraktor boleh sahaja memohon untuk mengikut cadangan BS8110 atau untuk lebih meyakinkan guna sahaja cadangan spek JKR.
Selain memastikan konkrit telah mencapai kekuatan minima untuk dibuka, pengekalan kotak bentuk juga bertujuan memastikan proses curing 'pengawaten' dapat berlaku dengan maksima. Ini penting kerana proses penghidratan simen mengeluarkan haba dan jika permukaan tepi terdedah, air simen akan menjadi wap dan hilang dari konkrit yang mana akan memberi kesan kepada konkrit pada masa yang akan datang. (proses penghidratan menyebabkan nisbah air simen tidak sama dengan rekabentuk)