Sekadar memberi pandangan mengenai isu pembinaan bonggol di Jalan Persekutuan.
Sebelum mengemukakan permohonan, tuan boleh merujuk dengan buku terbitan CKG dulunya dikenali sebagai CKJG iaitu Manual Fasiliti Keselamatan Jalan (JKR 21300-0051-13) cetakan pertama 2014 bagi mengenalpasti faktor - faktor yang mengganggu gugat keselamatan pejalan kaki.
Selepas mengenalpasti faktor-faktor tersebut serta jenis fasiliti yang bersesuaian mengikut pertimbangan rekabentuk, pemohon boleh mengemukakan permohonan kepada CSFJ melalui Bahagian Jalan JKR Negeri untuk memohon peruntukan bagi menyediakan fasiliti redaan trafik.