search
Log In
6 votes
109 views
Sekira diamati lukisan struktur, pada suatu ketika besi tetulang tegasan tinggi 410 N/mm2 digunakan dan ditandakan sebagai Y. Seterusnya apabila BS 8110 diperkenalkan, rekabentuk telah mula menggunakan tetulang tegasan tinggi 460 N/mm2 dan ditandakan sebagai T. Dengan penggunaan MS EN 1992, rekabentuk menggunakan tulang tegasan tinggi 500 N/mm2 dan ditanda sebahagai H.

Sebagai pegawai di tapak, bagaimana caranya hendak membezakan jenis tetulang ini di tapak?
in Structure 50,250 points 25 103 239

1 Answer

4 votes

Assalammualaikum tuan SME, izinkan saya memberi pandangan berkaitan soalan ini sebagai ruang untuk pembelajaran bagi diri saya dan pengguna lain Portal ini. 

Ada yang memberi pandangan jenis-jenis ini dapat dikenali melalui corak pada bunga keluli tersebut. Namun saya merasakan cara paling baik ialah dengan menyemak tag pada setiap ikatan keluli yang sampai ke tapak bina (contoh dibawah) dan boleh juga disahkan dengan 'mild certificate' yang biasanya dikepilkan bersama dengan "Delivery Order" semasa penghantaran bahan ke tapak bina.

Namun jika masih terdapat keraguan tentang grade besi yang dihantar, sample secara rawak boleh lah diambil dan dihantar untuk ujian tensile. Antara tempat yang  saya selalu menyaksikan ujian tensile ialah di IKRAM, Bangi dan Fakuliti Kejuruteraan awam di UiTM Shah Alam. Mungkin ada makmal yang lain yang memberikan perkhidmatan yang sama , tapi diluar pengetahuan saya.  

Mohon diperbetulkan jika terdapat kesilapan. Terima kasih.

34,670 points 18 61 148
2
Sememangnya sukar utk membezakan tetlang H500 dengan T460 atau Y410 memandangkan kesemuanya adalah berpandukan kepada MS 146. Sehubungan dengan itu rujukan kepada mill certificate adalah amat perlu utk pemastian bahan.

Option utk melaksana ujian di KISB (IKRAM sudah tidak ada lagi), SIRIM atau mana mana accredited lab memang disarankan sekiranya SO ragu ke atas ketulinan mill certificate atau bahan yang dihantar di tapak.
...