search
Log In
7 votes
100 views
Salam dan selamat sejahtera,

Wajarkah PPP dan PPK memberikan markah LNPT kepada pegawai bawahannya tanpa berbincang dengan pegawai tersebut terlebih dahulu sekiranya terdapat isu peribadi dengan pegawai tersebut. terdapat dikalangan PPP dan PPK yang memberi markah dan ulasan yang agak teruk kepada PYD tanpa sebarang sebab munasabah dan bukti yang kukuh serta mereka mengikut emosi. Secara tidak langsung tindakan ini menyebabkan prestasi dan emosi PYD terganggu.

Apakah yang wajar dilakukan oleh PYD sekiranya mengalami isu seperti ini dan adakah PYD berhak memohon penilaian semula kerana dikuatiri penilaian dan ulasan yang diberikan tidak adil?

Sekiranya PPP dan PPK telah memberikan penilaian dan ulasan yang tidka wajar, apakah tindakan ke atas mereka? Kerana penilaian mereka telah memberikan impak yang negatif kepada PYD sepanjang berkhidmat sebagai penjawat awam.
in Human Resource Management 6,000 points 12 25 37

2 Answers

12 votes
 
Best answer

Sebagai mereka yang percaya kepada kekuatan kerja berpasukan, PPP sememangnya perlu berbincang dengan PYD sebelum sebarang penilaian dilakukan. Pada pandangan saya, PYD juga mencerminkan PPP. Semasa mula memasuki perkhidmatan awam dalam tahu 2014, saya memang tidak diajak berbincang mengenai LNPT. Alasan PPP saya ketika itu ialah, saya tahu nilai kerja awak dan jangan risau saya akan ajak berbincang kalau awak ada masalah dengan prestasi sahaja. Saya akur dan memang benar, saya amat berpuas hati dengan penilaian yang dilaksanakan.

Namun bila saya diberi peluang menjadi PPP (bermula tahun 2016), saya mengamalkan perbincangan dan meminta mereka nilai hasil kerja mereka sendiri dan saya terkejut bila mereka letak markah jauh lebih rendah dari penilaian saya. Jadi apa yang saya lakukan ialah beri markah lebih dari yang mereka jangka dan ini membuatkan mereka amat senang hati dan hasilnya kerjasama yang amat utuh tanpa syak-wasangka terdapat penindasan dan politik dalaman (bodek-membodek).

Sebagai PPP kita seharusnya profesional dan sentiasa berbesar-hati. Memang kita boleh aje memberi penilaian semahu-mahunya, tetapi adakah kita telah berlaku adil dalam penilaian tersebut. Paling baik jika pada pandangan kita PYD mempunyai masalah terus tegur dan minta diperbaiki tanpa menunggu LNPT untuk dijadikan peringatan. 

Manakala bagi PYD pula perlu akur dengan keupayaan sendiri dan sentiasa berusaha membaiki prestasi. Mungkin ada perkara yang perlu diperbaiki tetapi ianya menjadi kesukaran kerana perubahan itu tidak kita gemari.

Berkaiatan penilaian yang telah diberikan, PYD boleh terus meminta penjelasan dari PPP dan PPK berkaitan perkara tersebut. Apakah asas kepada penilaian itu? Jika memang benar adalah berdasarkan persepsi semata-mata maka perkara ini  boleh dibawa ke peringkat yang lebih tinggi seperti yang telah dinyatakan dalam Perintah Am. Jika tidak, PYD boleh sahaja berbincangan dengan PPP bagaimana untuk mengatasi perkara ini agar dapat dibaiki dalam penilaian LNPT yang akan datang.

Sekadar pandangan.

34,670 points 18 61 148
selected by
1

Terima kasih atas perkongsian, Tn @Muham Zaini Hamzah yes

2
Terima kasih atas pendapat yg terbaik dari tuan...
4 votes
Sebagai ketua pasukan di dalam sesuatu organisasi, adalah menjadi tanggung-jawab ketua untuk menjalankan monitoring dan control ke atas semua resources yang ada di dalam lingkungan ketua tersebut. Ini termasuk memastikan semua pegawai menjalankan skop keja masing-masing berdasarkan objektif organisasi tersebut. Sehubungan dengan itu, sekiranya terdapat kepincangan di dalam pelaksanaan tugasan oleh seseorang, maka adalah menjadi tanggungjawab ketua untuk menegur dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan pegawai tersebut faham dan tahu kesilapannya dan memperbetulkan apa yang tidak betul.
Di dalam konteks ini, adalah wajar utk seorang ketua untuk memaklumkan kepada PYD akan prestasinya dan memaklumkan cadangan markah yang akan diberi kepada beliau. Namun adalah lebih baik sekiranya pegawai ini dimaklumkan pada dan ketika prestasi pegawai menunjukkan prestasi yang menurun untuk memberi peluang pegawai tersebut membaiki kesilapan. Dengan hanya menegur ketika pengisian LNPT juga adalah tidak begitu adil. Walaubagaimanapun, ianya adalah lebih baik daripada langsung tidak tidak memaklumkan kepada PYD akan prestasinya sepanjang tahun.
50,250 points 25 103 239
2
terima kasih atas pendapat tuan.
...