Pegawai JKR dan mana-mana Kementerian/ Jabatan/ Agensi boleh merujuk GARIS PANDUAN PENGURUSAN RISIKO PROJEK BAGI PROJEK KERAJAAN Ver. 1.0 (Januari 2017) bagi perancangan dan penyediaan Pelan Risiko Projek Pembinaan JKR.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN RISIKO PROJEK BAGI PROJEK KERAJAAN ini pada amnya diguna pakai semasa fasa Pewujudan Aset, iaitu fasa kedua daripada empat fasa utama dalam kitaran hayat aset.
GARIS PANDUAN PENGURUSAN RISIKO FASILITI Ver. 1.0 (Mei 2017) pula boleh dirujuk bagi pengurusan risiko aset di fasa Penggunaan, iaitu fasa ketiga kitaran hayat aset.